• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mi 11 Ultra ada MP kamera lebih kecil dan skrin khas swafoto?

  • OLEH Najib
  • 11:45 am
  • 03/03/2021
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Agak pelik apabila Xiaomi melancarkan hanya satu model Mi 11. Tiada versi Pro, Ultra, Lite atau Max. Tetapi telah ada berita mengatakan Xiaomi akan melancarkan satu lagi model Mi 11 tidak lama lagi, malah berkongsi video tentang rupa sebenar telefon tersebut.

Seorang YouTuber dari Filipina, Tech Buff PH telah memuat naik video yang menunjukkan rupa sebenar telefon yang dikatakannya, adalah Mi 11 Ultra. Telefon ini menggunakan nombor model M2102K1G, menyerupai peranti Xiaomi yang telah didaftarkan di India dan Eropah. Bagaimanapun, video itu telah dipadam tetapi telah banyak dikongsi di alam maya.



Antara yang diterangkan di dalam video itu menunjukkan Mi 11 Ultra dilengkapi kamera belakang dengan keupayaan zum 120x, sama seperti Mi 10 Ultra tahun lepas. Modul kamera belakang ini sangat tebal, dengan teks 12-120mm 1:1.95-4.1. Ini boleh diterjemahkan kepada 10x zum optikal dengan apertur 1.95 hingga 4.1.

Lebih menarik lagi adalah apa yang ada di sebelah kamera ini. Ia adalah skrin kecil dan dalam video itu menunjukkan antaramuka utama skrin hadapan. Ini boleh digunakan untuk mengambil swafoto menggunakan kamera belakang untuk gambar yang lebih cantik dan jitu.



Lain-lain maklumat tentang spesifikasi Mi 11 Ultra ini adalah skrinnya berukuran 6.8-inci OLED melengkung, dengan resolusi WQHD+ dan kadar penyegaran 120Hz. Kamera hadapannya 20MP dan ia menggunakan kaca Corning Gorilla Glass Victus untuk perlindungan skrin. Sistem bunyi Harman Kardon digunakan untuk penghasilan bunyi.

Baterinya sebesar 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 67W berwayar, 67W wayarles dan 10W wayarles terbalik. Ia juga kalis air dan debu IP68, sesuatu yang tiada pada Mi 11.

Dalam satu laporan lain, Mi 11 Ultra dikhabarkan menggunakan kamera utama 50MP, sensor yang tidak pernah digunakan peranti Xiaomi sebelum ini. Selain itu, kamera belakangnya akan dibarisi dengan kamera ultra lebar 48MP dan kamera periskop 48MP dengan keupayaan zum 120x.

Xiaomi is working on 50MP camera smartphone.
Evidence of Xiaomi's 50MP camera smartphone found in MIUI camera app, could be Mi 11 Ultra. (https://t.co/QO42r7Aya7) https://t.co/LdzlyqhJVS pic.twitter.com/hiI4FztPTV

— Abhishek Yadav (@yabhishekhd) March 1, 2021

Dengan laporan ini, Mi 11 Ultra adalah telefon pintar yang jauh lebih berkuasa dari Mi 11, terutama dengan keupayaan zum optikal dan kalis air IP68. Persoalan lebih penting, adakah ia akan dipasarkan di peringkat antarabangsa? Ini kerana Mi 10 Ultra hanya dijual di China. Besar kemungkinan kali ini ia akan dilancar di luar China, memandangkan masih tiada model Mi 11 diperkenal.

[Sumber: NDTV, XDA]

Tags: xiaomiXiaomi Mi 11 Ultra
Najib

Najib

POPULAR

Mi 11 Ultra ada MP kamera lebih kecil dan skrin khas swafoto?

3 March 2021
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER