Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 14 Apr, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

PROMO: Huawei FreeBuds Pro, FreeBuds 3i & WatchFit lebih murah sepanjang bulan Mac

Huawei Malaysia kini mengadakan promosi khas bulan Mac, dengan diskaun untuk fon telinga Huawei FreeBuds Pro dan jam pintar Huawei WatchFit, serta Huawei FreeBuds 3i lebih murah untuk pembeli tablet Huawei MatePad Pro.

Promosi ini berjalan dari 5 hingga 21 Mac 2021. Ia boleh didapati di Stor Online Huawei Malaysia, Lazada dan Shopee, serta di Stor Huawei Experience di seluruh negara.

Gandingan yang hebat untuk peminat kecergasan, Huawei FreeBuds Pro dan Huawei WatchFit boleh membantu pengguna mencapai sasaran kecergasan yang ditetapkan. Pembelian salah satu dari produk ini akan menerima diskaun RM68 sepanjang kempen berjalan.

Lebih baik lagi jika membeli dua unit produk yang sama, atau beli kedua-duanya serentak kerana Huawei memberikan lebih diskaun iaitu sebanyak RM168. Ia bersamaan diskaun RM84 untuk setiap satu produk. Diskaun RM168 boleh diperolehi jika membeli dua unit Huawei FreeBuds Pro, atau dua unit Huawei WatchFit atau satu unit Huawei FreeBuds Pro bersama satu unit Huawei WatchFit.

Huawei FreeBuds Pro adalah fon telinga TWS dengan teknologi pembatalan hingar aktif (ANC) pintar dinamik. Bekas pengecas FreeBuds Pro menyokong pengecasan wayarles, serta mampu mengecas melalui sambungan USB-C.

Bateri di dalamnya memberikan masa bermain muzik sehingga 7 jam dan gandingan bekas pengecas, memberikan masa bermain muzik sehingga 30 jam. Jika ANC diaktifkan, ia boleh digunakan sehingga 4.5 jam sekali cas atau sehingga 20 jam bersama bekas pengecas.

Huawei WatchFit pula adalah jam pintar dengan 96 mod kecergasan. Baterinya boleh memberi kuasa sehingga 10 hari dengan pengecasan pantas 5 minit membolehkan ia diguna seharian. GPS terbina di dalam jam ini dan ia kalis air 5ATM.

Untuk pekerja yang sering bergerak, Huawei menyediakan tablet berkuasa tinggi mereka, MatePad Pro dengan tawaran membeli fon telinga FreeBuds 3i pada harga RM99 sahaja, dari harga asal RM399. Bagaimanapun, tablet MatePad Pro dijual pada harga biasa RM2,399.

Huawei MatePad Pro diperkasa cip Kirin 990 bersama RAM LPDDR4x 8GB dan storan UFS 3.0 256GB. Ia dipadankan dengan skrin IPS sebesar 10.8-inci dengan resolusi tinggi 2560×1600. Tenaganya disalur dari bateri 7,250mAh yang menyokong pengecasan pantas 20W menerusi USB-C.

Huawei FreeBuds 3i pula adalah adalah fon telinga TWS dengan ANC yang lebih murah. Baterinya boleh memberi tenaga sehingga 3.5 jam, ataupun sehingga 14.5 jam bateri tenaga yang tersimpan dalam bekas penyimpanan.