• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sony umum sensor 127.68MP dengan ciri global shutter, ini signifikannya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 6:45 pm
  • 09/03/2021
  • Komen
Sony sumbang USD 100 juta untuk petugas barisan hadapan, pendidikan dan industri seni
Share on FacebookShare on Twitter

Sony umumkan satu sensor pengimejan baru iaitu IMX661. Ia bukanlah sensor untuk telefon pintar kerana saiznya yang besar iaitu 3.6”. Sensor ini tergolong dalam kategori medium format, lebih besar daripada full frame.

Atas sensor ini terkandung 127.68 bintil piksel dengan setiap satunya bersaiz hampir kepada 3.5 mikron. Tapi, sensor dengan piksel melebihi 100 megapiksel bukanlah perkara yang baru.



Yang lebih penting, IMX661 ini ada fungsi global shutter sedangkan ebanyakan sensor lain gunakan rolling shutter. Masalah dengan rolling shutter adalah, gambar mungkin jadi herot kerana kamera membaca sensor daripada atas ke bawah, baris demi baris.

Tapi untuk global shutter, kamera membaca keseluruhan sensor sekaligus. Makanya, imej herot adalah sesuatu yang mustahil pada kamera yang ada global shutter pada sensornya.



Cabaran paling utama untuk berikan global shutter pada sesuatu sensor adalah sensor untuk perlulah miliki bandwidth yang cukup besar untuk salurkan data kepada pemproses imej. Pada IMX661, ia mampu menghamburkan 4.7Gbps untuk setiap jaluran dan padanya ada 16 jalur.

Kamera manakah yang akan gayakan sensor ini? Hanya masa akan menjawabnya. Berikut adalah beberapa kamera sedia ada yang diperkasa sensor melebihi 100MP:

  • Fujifilm GFX100
  • Fujifilm GFX 100S
  • Hasselblad X1D II 50C
  • Hasselblad 907X 50C

Sumber: Sony

Tags: Sony
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Sony sumbang USD 100 juta untuk petugas barisan hadapan, pendidikan dan industri seni

Sony umum sensor 127.68MP dengan ciri global shutter, ini signifikannya

9 March 2021
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN