Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 14 Apr, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Starbucks Reserve terbesar di Malaysia dibuka di Damansara

Kepada peminat kopi, Starbucks Malaysia telah mengumumkan pembukaan cawangan kopi pakar mereka, Starbucks Reserve yang terbesar di Malaysia. Ia terletak di pusat beli-belah Tropicana Gardens Mall, Kota Damansara dan memulakan operasinya pada 9 Mac 2021.

Starbucks Reserve menyediakan pilihan kopi yang lebih baik berbanding cawangan Starbucks biasa. Pengunjung boleh mendapatkan biji kopi Arabica terpilih yang datang dari seluruh dunia. Ia adalah tempat untuk peminat kopi yang mencari rasa kopi sebenar tanpa terlalu banyak gula, krim atau bahan-bahan lain dalam minuman.

Sempena pembukaannya, cawangan Starbucks Reserve ini menyediakan promosi istimewa untuk pengunjung iaitu:

1. Kopi Baru Dibru saiz Tall percuma, untuk 100 pelanggan pertama (hanya pada 9 Mac 2021)

2. Diskaun 20% untuk Kopi Reserve Pilihan Baru Dibru (9-31 Mac 2021)
• Setiap Isnin – Pour Over Brew
• Setiap Selasa – Siphon Brew
• Setiap Rabu – Chemex Brew
• Setiap Khamis – Nitro Cold Brew
• Setiap Jumaat hingga Ahad – Black Eagle Beverage

3. Rantai kunci Starbucks Reserve percuma, dengan pembelian minima RM150 (dari 9 Mac 2021 selagi stok masih ada. Tidak termasuk tambah nilai dan pengaktifan kad Starbucks)

4. Beli minuman Reserve mana-mana saiz, dapatkan Reserved Mocha kedua saiz Grande pada harga RM13 (Dari 9-14 Mac 2021, membayar dengan kad Starbucks Reserve sahaja)

Jika anda berminat untuk mengunjungi Starbucks Reserve yang baru ini, alamat dan waktu perniagaannya adalah seperti berikut:

Lot G-22, Ground Floor,
Tropicana Gardens Mall,
Jalan PJU 3/21, Tropicana indah,
47410 Petaling Jaya, Selangor.
Google Maps

Waktu Operasi:
• Isnin-Khamis: 8 pagi – 10 malam
• Jumaat: 8 pagi – 11 malam
• Sabtu & Cuti Umum: 9 pagi – 11 malam
• Ahad: 9 pagi – 10 malam

Starbucks Reserve yang pertama di Malaysia terletak di The Gardens Mall, dibuka pada tahun 2015. Selain itu, cawangan Starbucks Reserve juga terdapat di seluruh Malaysia antaranya di Sunway Pyramid, Genting Highlands, Publika, Desa Parkcity, Paradigm Mall Johor dan Berjaya Times Square.

[Sumber: Starbucks]