• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo X60 dengan optik Zeiss akan hadir di Malaysia pada 22 Mac

  • OLEH Najib
  • 12:19 pm
  • 09/03/2021
  • Komen
Vivo X60 dengan optik Zeiss akan hadir di Malaysia pada 22 Mac
Share on FacebookShare on Twitter

Vivo Malaysia akhirnya memulakan langkah pertama tahun 2021 mereka dengan pelancaran model flagship tidak lama lagi. Petunjuk dan gambaran mengenai siri Vivo X60 telah mula dimuat naik di laman sosial Vivo Malaysia.

Satu laman web mengenai siri Vivo X60 turut dibangunkan. Pada laman tersebut, pengunjung disapa dengan gambar tiga kamera yang dikatakan Vivo, merevolusikan dunia. Ia turut tertulis bahawa Vivo bekerjasama dengan pakar optik Zeiss untuk fotografi.



Selain itu, tarikh 22 Mac 2021 turut terpampang, pastiya merujuk kepada tarikh pelancarannya di Malaysia. Agak menarik tentang perkara ini kerana siri Vivo X60 masih belum dilancar di mana-mana negara, selain China. Ini mungkin memberi petanda bahawa ia dilancar di peringkat antarabangsa buat pertama kali di Malaysia.

Laman web tersebut turut berkongsi beberapa perkara mengenai siri Vivo X60. Antaranya ia akan dilengkapi sistem penstabil Gimbal 2.0 di mana ia pertama kali diperkenal pada Vivo X50 tahun lepas. Menurut Vivo, teknologi Gimbal ini lebih stabil berbanding penstabil imej optikal (OIS) yang sering digunakan di telefon pintar lain.



Selain itu, siri Vivo X60 akan diperkasa cip Snadragon 870. Ini adalah cip yang dinaik taraf dari Snapdragon 865, berasaskan proses 7nm. Ia boleh dikatakan jauh berbeza dengan cip Snapdragon 888 yang dihasilkan dari proses 5nm.

Vivo X60 di China

Vivo telah melancarkan siri X60 di China dalam dua model, Vivo X60 dan Vivo X60 Pro. Kedua-dua model ini memiliki skrin AMOLED 120Hz 6.56-inci dan dikuasakan cip Samsung Exynos 1080. RAM disediakan sehingga 12GB dan storan dalaman UFS 3.1 sehingga 256GB.

  • Vivo X60
  • Vivo X60 Pro

Perbezaan terbesarnya adalah di kamera di mana Vivo X60 memiliki 3 kamera belakang dan versi Pro ada 4, dengan tambahan kamera periskop.

Dari gambar petunjuk yang dimuat naik di Vivo Malaysia, ia boleh dikaitkan dengan Vivo X60 yang telah dilancar di China, tanpa kamera ke-4 iaitu kamera periskop. Sebagai promosi, pastinya fungsi terbaik sering dikongsikan, jadi ini mungkin petanda versi Pro tidak akan dilancarkan di Malaysia.

Zeiss pernah bekerjsama dengan Nokia dalam penghasilan kamera di telefon pintar. Tetapi popularitinya dilihat tidak dapat menyaingi kerjasama Leica dan Huawei. Adakah kerjasama baru dengan Vivo ini akan mengubahnya?

Pasti lebih banyak maklumat akan dikongsi oleh Vivo Malaysia menjelang pelancarannya pada 22 Mac 2021 kelak. Nantikan laporan dari kami mengenainya.

[Sumber: Vivo]

Tags: vivovivo x60
Najib

Najib

POPULAR

Vivo X60 dengan optik Zeiss akan hadir di Malaysia pada 22 Mac

Vivo X60 dengan optik Zeiss akan hadir di Malaysia pada 22 Mac

9 March 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER