Instagram stories akan ada ciri auto caption, pengguna tidak perlu taip, hanya perlukan audio

Instagram dilihat bakal memperkenalkan ciri baru pada Instagram Stories. Ciri baru itu membantu pengguna memberi penerangan (caption) secara automatik kepada imej atau video yang dimuat naik ke dalam stories.

Kemaskini tersebut ditemui oleh perunding media sosial, Matt Navarra dan dia berkongsi perkara itu di Twitternya.

Melalui video yang dikongsikan, dia memuat naik video ke dalam stories, kemudian dia memilih pelekat (sticker) captions. Seterusnya dia bercakap mengenai caption yang ingin dinyatakan dan ciri itu mula mentranskripsikan audio percakapannya.

Namun, ciri ini tidak mengesan audio Navarra dengan tepat, kerana ada satu perkataan yang tidak di transkrip dengan betul. Iaitu perkataan finally di transkrip menjadi find.

Selain itu, melalui ciri ini juga, dapat dilihat ada tersedia pilihan jenis font dibahagian bawah. Pengguna tentunya diberikan pilihan untuk memilih jenis font yang bersesuaian untuk digunakan pada stories.

Ciri ini dilihat sangat bersesuaian buat pengguna Instgaram yang mengalami masalah pendengaran. Mereka boleh tahu maklumat mengenai perkongsian pengguna lain di stories melalui caption yang dinyatakan.

Walaupun begitu, kesilapan transkrip perkataan yang berlaku pasti memerlukan pengguna mengubahnya semula dengan menaip perkataan yang betul. Perkara ini mungkin dapat dielakkan jika pengguna bercakap dengan lebih jelas dan kuat.

Namun, menurut Instagram ciri ini masih belum dibuka kepada umum, ia hanya untuk ujian dalaman. Oleh itu, ianya pasti merupakan satu kesilapan (glitch) kepada pengguna yang sudah mencubanya. Matt sendiri tidak berjaya menghantar stories menggunakan ciri caption ini.

[Sumber: engadget]