• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Hati-hati dengan unlimited dalam pelan U Mobile Ultra Unlimited Broadband Wireless

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:39 pm
  • 11/03/2021
  • Komen
Hati-hati dengan unlimited dalam pelan U Mobile Ultra Unlimited Broadband Wireless
Share on FacebookShare on Twitter

U Mobile ada satu penawaran servis Internet jalur lebar yang baru. Mereka panggilnya sebagai Ultra Unlimited Broadband Wireless. Perkataan unlimited ditabur disana-sini. Ada 3 benda yang unlimited dalam penawaran ini iaitu:

  • Unlimited Learning untuk Zoom dan Google Meet
  • Unlimited Productivity untuk Office 365
  • Unlimited Fun & Games untuk APP Shopee, Lazada, MLBB, FreeFire, dan Call of Duty Mobile

Ada empat pelan boleh dipilih anda.



WB48 Study (RM48/bulan)

  • Anda dapat 20GB data
  • Kuota tanpa had untuk APP Zoom dan Google Meet

WB68 Work (RM68/bulan)



  • Anda dapat 30GB data mentah berkelajuan penuh
  • Kuota tanpa had untuk APP Zoom dan Google Meet
  • Kuota tanpa had untuk APP Office365

WB88 Work & Play (RM88/bulan)

  • Anda dapat 50GB data mentah
  • Kuota tanpa had untuk APP Zoom dan Google Meet
  • Kuota tanpa had untuk APP Office365
  • Kuota tanpa had untuk APP MLBB, FreeFire, dan Call of Duty Mobile

WB128 Max (RM128/bulan)

  • Anda dapat 150GB data mentah
  • Kuota tanpa had untuk APP Zoom dan Google Meet
  • Kuota tanpa had untuk APP Office365
  • Kuota tanpa had untuk APP MLBB, FreeFire, dan Call of Duty Mobile

Promo 50%?

Dicanang mereka harga separuh lebih murah daripada harga asal untuk WB68 dan keatas. Tapi ia cuma untuk pelanggan U Mobile sedia ada DAN yang melanggan pelan GX68 dan keatas.

Ada speedcap walaupun anda gunakan data mentah

Menurut laman T&C U Mobile untuk tawaran ini, kelajuan Internet dihadkan. Mereka tak nyatakan ada perbezaan kelajuan bila anda gunakan APP yang menyokong kuota tanpa had dengan bila anda gunakan data mentah. Jadi saya anggap yang kelajuannya tekal merentasi penggunaan.

Berikut adalah had kelajuan untuk servis jalur lebar Ultra Unlimited Broadband Wireless:

  • Sehingga 10Mbps untuk WB48
  • Sehingga 20Mbps untuk WB68 dan WB88
  • Sehingga 30Mbps untuk WB128

Ada pendahuluan satu bulan komitment bila daftar

Walaupun tidak didatangkan dengan kontrak, U Mobile memerlukan anda membayar satu bulan harga servis langganan sebagai pendahuluan.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: telcou mobile
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Hati-hati dengan unlimited dalam pelan U Mobile Ultra Unlimited Broadband Wireless

Hati-hati dengan unlimited dalam pelan U Mobile Ultra Unlimited Broadband Wireless

11 March 2021
Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

25 May 2026
Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

26 May 2026
Siri Xiaomi 17T akan dilancar 28 Mei, hadir dengan zum optikal 5x

Siri Xiaomi 17T akan dilancar 28 Mei, hadir dengan zum optikal 5x

25 May 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Honor Magic V6 Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan hadiah bernilai RM3,797

Honor Magic V6 Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan hadiah bernilai RM3,797

26 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN