• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Basikal boleh dibawa naik LRT, MRT, Monorel & BRT dengan mematuhi SOP ini

  • OLEH Najib
  • 2:18 pm
  • 11/03/2021
  • Komen
Pengguna LRT, MRT, Monorel dan Komuter kini boleh mula guna jejantas pejalan kaki ke Mid Valley
Share on FacebookShare on Twitter

RapidKL, pengendali tren LRT, MRT dan monorel di Lembah Klang hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa basikal sudah dibenarkan dibawa naik ke dalam semua tren kendalian RapidKL. Kebenaran ini diberikan kepada basikal boleh lipat dan juga basikal bersaiz penuh.

Tiada caj tambahan dikenakan untuk membawa basikal ke dalam tren. Bagaimanapun, terdapat langkah-langkah yang perlu diikuti pemilik basikal jika mahu membawanya naik tren. Pengguna haruslah mengetahui masa yang dibenarkan, jenis tren, jenis gerabak dan beberapa perkara lain.



Garis Panduan

  1. Basikal boleh lipat, basikal biasa dan skuter dibenarkan. Tetapi ada peraturan berbeza.
  2. Pengguna di bawah umur 12-tahun perlulah ditemani orang dewasa.
  3. Pengguna mestilah menjaga keselamatan basikal sepanjang masa.
  4. Pengguna mestilah meletak basikal di ruangan kerusi roda di dalam tren. Tetapi keutamaan mestilah diberikan kepada pengguna kerusi roda atau orang kelainan upaya (OKU).
  5. Apabila masuk atau keluar tren, pemilik basikal mestilah sentiasa berhati-hati dengan pengguna sekeliling agar tidak terlanggar.
  6. Pemilik basikal haruslah memberi pengguna lain masuk atau keluar tren dahulu.
  7. Keutamaan menggunakan lif mestilah diberikan kepada OKU.
  8. Setiap pengguna hanya boleh membawa satu basikal pada setiap masa.
  9. Pemilik basikal haruslah menunggu di pintu gerabak yang ditetapkan, mengikut tanda di platform.
  10. Menaiki basikal dan skuter TIDAK dibenarkan di dalam tren dan stesen sepanjang masa.
  11. Basikal dan skuter mestilah dipastikan sentiasa bersih dari minyak dan pasir.
  12. Pemilik basikal dan skuter bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan di tren dan stesen.
  13. RapidKL boleh menghalang pengguna dari membawa basikal dan skuter jika ia memberi ketidakselesaan pengguna lain atau memberi kesan kepada operasi tren.

Waktu Dibenarkan

Pemilik boleh membawa basikal mereka di dalam tren hanya di luar waktu puncak. Untuk basikal boleh lipat, ia dibenarkan dibawa ke dalam tren setiap hari. Tetapi tertakluk kepada sebarang perubahan RapidKL.

  • Isnin – Jumaat: 10 pagi hingga 3 petang, 8 malam hingga 12 tengah malam
  • Sabtu, Ahad & Cuti Umum: 6 pagi hingga 12 tengah malam

Untuk basikal biasa dan tidak boleh dilipat, ia hanya dibenarkan pada waktu cuti dan hujung minggu sahaja.



  • Isnin – Jumaat: TIDAK dibenarkan
  • Sabtu, Ahad & Cuti Umum: 6 pagi hingga 12 tengah malam

Jenis tren dan gerabak

Basikal boleh lipat dibenarkan di bawa naik ke semua jenis tren milik RapidKL iaitu LRT laluan Kelana Jaya (4 gerabak sahaja), Ampang dan Sri Petaling, MRT, Monorel (4 gerabak sahaja) termasuk bas BRT.

Bagi basikal tidak boleh lipat, ia boleh dibawa naik di semua tren LRT dan MRT, tetapi TIDAK dibenarkan dibawa naik ke tren Monorel dan BRT.

Pemilik basikal juga perlu waspada terhadap gerabak yang dibenarkan. Untuk Monorel, LRT Kelana Jaya dan MRT, sila tunggu di pintu pertama sahaja dan di dalam kotak kuning. Bagi LRT Ampang dan Sri Petaling, sila tunggu di gerabak kedua atau pintu ke-4.

Stesen meletak basikal

Pemilik basikal tidak boleh lipat yang menggunakan basikal ke stesen, anda boleh meninggalkan basikal di ruangan tempat letak basikal di stesen. Ruang ini boleh meletakkan sehingga 20 basikal pada waktu yang sama.

Berikut adalah stesen yang menyediakan tempat meletak basikal di stesen, yang memiliki logo basikal di tepi.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi RapdiKL di Facebook, Twitter atau layari laman web RapidKL.

[Sumber: RapidKL]

Tags: BasikalRapidKL
Najib

Najib

POPULAR

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

27 Januari 2023
Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

26 Januari 2023
Pengguna LRT, MRT, Monorel dan Komuter kini boleh mula guna jejantas pejalan kaki ke Mid Valley

Basikal boleh dibawa naik LRT, MRT, Monorel & BRT dengan mematuhi SOP ini

11 Mac 2021
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
Anda boleh bergambar dalam sudut senget, serong, miring atau terbalik dengan telefon ini

Dapatkan pelbagai sudut gambar menarik guna Galaxy Z Flip4 tanpa bantuan tripod & orang lain

13 November 2022
Samsung Wallet kini di Malaysia, periksa telefon anda untuk kemas kini

Samsung Wallet kini di Malaysia, periksa telefon anda untuk kemas kini

30 Januari 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER