• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Google Maps akan benarkan pengguna lukis atau padam jalan di peta

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:26 pm
  • 12/03/2021
  • Komen
Google Maps akan benarkan pengguna lukis atau padam jalan di peta
Share on FacebookShare on Twitter

Google memperkenalkan ciri baru pada Google Maps yang akan membantu pengguna berkongsi dan mencari maklumat lokasi melaluinya dengan lebih mudah.

Antara fungsi yang diketengahkan dalam ciri baru ini ialah, pengguna dibenarkan melukis jalan baru di peta dan boleh kemas kini gambar di peta tanpa perlu memberi ulasan lokasi.



1. Lukis jalan baru atau jalan hilang di peta

Sekiranya anda pernah lalui pengalaman kecewa kerana laluan jalan raya yang anda ingin lalui tidak ada di Google Maps, kelak anda boleh menambahnya dengan melukis jalan yang tiada di dalam peta.

Dengan menggunakan alat penyuntingan jalan desktop yang terkini. Anda hanya perlu klik pada butang menu, pergi ke pilihan Edit the Map, dan pilih Missing Road.



Melalui ciri ini, anda boleh menambah jalan yang hilang dengan melukis garis, ganti nama jalan dengan cepat, ubah arah jalan, dan susun semula atau padam jalan yang salah.

Selain itu, anda juga boleh melaporkan kepada Google Maps sekiranya ada jalan yang ditutup dengan memaklumkan perincian seperti tarikh, sebab dan arah laluan.

Sebagai langkah untuk memastikan laporan dan suntingan adalah tepat, pihak Google Maps akan menyemak kemas kini jalan raya sebelum menerbitkannya kepada umum.

Ciri ini akan dilancarkan dalam beberapa bulan akan datang untuk lebih daripada 80 negara.

2. Kemas kini gambar di peta

Bagi memudahkan pengguna berkongsi gambar lokasi tanpa perlu meletakkan apa-apa maklum balas, maka tidak lama lagi Google akan melancarkan kandungan baru di Google Maps yang akan memudahkan pengguna berkongsi gambar dan pengalaman baru di sesebuah lokasi.

Pengguna hanya perlu menulis sedikit gambaran ringkas tentang lokasi itu dan kongsikan gambar terkini. Cara untuk melakukannya ialah:

  1. Di mana-mana lokasi pada Google Maps, anda pergi ke tab Updates (Kemas kini)
  2. Pilih kemaskini gambar from visitors
  3. Tekan add a photo update
  4. Pilih gambar yang anda ingin kongsikan
  5. Tulis penerangan pendek dan kongsikan gambar anda.

Dengan adanya kedua-dua ciri ini nanti, pengguna tidak perlu lagi ke enjin carian Google untuk mencari maklumat lanjut tentang sesebuah lokasi. Namun begitu, belum diketahui lagi tarikh yang tepat ciri ini akan dilancarkan kepada pengguna.

[Sumber: Google]

Tags: google maps
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Google Maps akan benarkan pengguna lukis atau padam jalan di peta

Google Maps akan benarkan pengguna lukis atau padam jalan di peta

12 March 2021
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER