• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Bimbang timbul salah faham, Google Translate tidak cukup tepat untuk terjemah istilah perubatan

  • OLEH Fatin Amanina
  • 8:00 pm
  • 12/03/2021
  • Komen
Bimbang timbul salah faham, Google Translate tidak cukup tepat untuk terjemah istilah perubatan
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda sering menggunakan Google Translate untuk menterjemah perkataan dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu, anda perlu tahu aplikasi ini adakalanya tidak tepat untuk menterjemah istilah perubatan.

Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan oleh Lisa Diamond, penyelidik perbezaan kesihatan di Pusat Kanser Memorial Sloan Kettering, New York, dia mendapati bahawa apabila menterjemah bahasa yang kurang biasa di Google Translate, hasilnya adalah tidak memuaskan.



Ini merupakan satu masalah besar kerana ia boleh menimbulkan salah faham yang membahayakan kepada pesakit apabila menggunakan Google Translate untuk menterjemah arahan petugas perubatan.

Google Translate terjemah 80% tepat untuk bahasa tertentu

Kajian ini menilai 400 arahan jabatan kecemasan yang diterjemahkan oleh Google Translate ke dalam tujuh bahasa yang berbeza iaitu Sepanyol, Cina, Vietnam, Tagalog, Korea, Armenia, dan Farsi. Secara keseluruhan, apabila dinilai, arahan yang diterjemahkan adalah lebih daripada 80 peratus tepat.



Ini merupakan satu peningkatan dari tahun 2014, apabila analisis mendapati bahawa Google Translate kurang daripada 60 peratus ketepatam untuk maklumat perubatan. Namun, salah satu masalah utama apabila bergantung pada Google Translate ialah ia ini tidak dapat menterjemah konteks perkataan dengan tepat.

Untuk mengetahui ketepatan terjemahan Bahasa Melayu, maka saya cuba terjemah beberapa ayat perubatan yang sering digunakan di Hospital.

Apa yang dapat saya simpulkan pada dua ayat ini adalah ketepatan terjemahan hampir sepenuhnya tepat. Namun, masih was-was juga untuk menggunakan Google Translate bagi menterjemah perkataan perubatan di hospital kerana bimbang ia akan menunjukkan maksud yang berbeza.

Menyediakan jurubahasa

Garis panduan persekutuan mengatakan bahawa hospital dan organisasi penjagaan kesihatan harus menyediakan jurubahasa dan penterjemah untuk pesakit yang tidak tahu berbahasa Inggeris.

Namun, kebanyakan hospital tidak menawarkan jurubahasa kepada setiap pesakit yang memerlukan kerana harganya mahal dan sukar menanggung kos perkhidmatan tersebut.

Bagi memastikan tiada masalah berkaitan bahasa berlaku, maka sistem kesihatan harus memberikan kaedah kepada doktor agar mereka dapat bahan terjemahan secara profesional untuk berkomunikasi dengan pesakit.

[Sumber: TheVerge]

Tags: google translate
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Bimbang timbul salah faham, Google Translate tidak cukup tepat untuk terjemah istilah perubatan

Bimbang timbul salah faham, Google Translate tidak cukup tepat untuk terjemah istilah perubatan

12 March 2021
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN