• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nokia & hutan, ada telefon baru akan tiba pada 8 April?

  • OLEH Najib
  • 11:42 am
  • 15/03/2021
  • Komen
Nokia & hutan, ada telefon baru akan tiba pada 8 April?
Share on FacebookShare on Twitter

Saban tahun, Nokia sering melancarkan pelbagai peranti baru di Mobile World Congress (MWC), sekitar bulan Mac. Tetapi pandemik COVID-19 yang melanda dunia, memaksa mereka beralih ke dunia maya. Tahun ini, Nokia dilihat akan meneruskan pelancaran di alam maya dan meminta orang ramai menantikan tarikh 8 April 2021.

HMD Global selaku pemilik jenama Nokia, telah memuat naik poster majlis pelancaran Nokia yang akan diadakan pada 8 April 2021, pukul 3 petang waktu London, bersamaan pukul 11 malam waktu Malaysia. Poster tersebut memiliki tanda pagar #LoveTrustKeep dan pautan ke laman mini majlis tersebut.



Buat masa ini, tanda pagar #LoveTrustKeep tidak memberikan sebarang petunjuk mengenai apakah yang berkaitan dengannya. Malah, tiada maklumat penting boleh ditemui dari laman mini tersebut, yang menunjukkan bahagian sisi seorang lelaki di dalam hutan, mendongak ke langit.

Desas-desus di internet kuat memperkatakan bahawa HMD Global akan melancarkan telefon pintar siri baru, Nokia G10 pada acara tersebut. Huruf G pada siri ini dikatakan berkaitan dengan gaming, mungkin mahu bersaing dengan ASUS ROG Phone atau Lenovo Legion Duel.



Antara perkakas yang dikatakan akan dipasang padanya adalah skrin 6.4-inci, pemproses 8-teras dan empat kamera di belakang. Tetapi masih tiada bukti yang menunjukkan pengesahan untuk peranti baru Nokia ini.

Sudah Disahkan SIRIM

Menariknya, pengedar Nokia di Malaysia, MacPie Distribution telah pun mendapat pengesahan telefon pintar Nokia G10 dari SIRIM di Malaysia. Ini boleh memberi maksud bahawa ia akan dijual di Malaysia tidak lama lagi, mungkin sejurus pelancaran 8 April nanti.

Mungkin kita akan mendengar berita lain menjelang pelancarannya yang akan diadakan hampir sebulan dari sekarang. Adakah HMD Global akan mula keluar dari bayang-bayang nostalgia Nokia dan memperkenalkan perkara serba baharu di peranti ini kelak? Nantikan laporan kami tentang pelancarannya pada 8 April.

[Sumber: GizmoChina]

Tags: hmd globalNokia
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Nokia & hutan, ada telefon baru akan tiba pada 8 April?

Nokia & hutan, ada telefon baru akan tiba pada 8 April?

15 March 2021
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
Siri Oppo Reno 15 tiba di Malaysia dengan kamera 200MP & bateri 7,000mAh, dari RM1,499

Siri Oppo Reno 15 tiba di Malaysia dengan kamera 200MP & bateri 7,000mAh, dari RM1,499

6 January 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER