• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OnePlus 9 gunakan teknik luar biasa untuk beroleh kemampuan low-light yang padu

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:58 am
  • 15/03/2021
  • Komen
OnePlus 9 gunakan teknik luar biasa untuk beroleh kemampuan low-light yang padu
Share on FacebookShare on Twitter

Satu demi satu teaser OnePlus 9 dikongsikan di Internet menjelang hari pelancarannya pada 23 Mac 2020. Teaser paling besar setakat ini adalah kerjasama mereka dengan Hasselblad. Kemudian ada lagi teaser kecil yang turut dikongsi OnePlus.

Dua kamera belakang OnePlus 9 dikhabarkan diperkasa oleh dua sensor pengimejan Sony yang berkuasa. Kamera utamanya akan gunakan sensor IMX789, sensor yang dibangunkan bersama OnePlus dan Sony.



Main and ultra-wide. Two equally powerful cameras, countless possibilities. #OnePlus9Series pic.twitter.com/WlZjA2IVop

— Pete Lau (@PeteLau) March 12, 2021

Kemudian, kamera ultralebarnya akan gunakan IMX766. Sensor ini boleh ditemukan pada Oppo Find X3 Pro. Daripada sampel gambar ultralebar, anda turut boleh jangkakan lensa freeform seperti dalam kamera Oppo, hadir pada kamera OnePlus.

Berbalik kepada sensor kamera utama IMX789, ada satu ciri menarik yang perlu anda tahu. Sensor ini ada dual native ISO. Hal ini bermakna, akan ada dua sistem pengendalian ISO. Fungsi sebegini ada pada kamera yang lebih mahal dan luar biasa untuk temuinya pada sistem kamera telefon pintar.



Sistem ini berikan kelebihan dalam situasi low-light. Contohnya, kamera yang ada dual native ISO biasanya akan ada sistem ISO natif kedua bermula ISO3200.

Kalau di kamera biasa yang ada sistem pengendalian ISO jenis tunggal, natif ISO anda bermula ISO100 dan bila dinaikkan kepada ISO3200, sudah tentu hingar akan terhasil.

Untuk kamera yang ada sistem ISO dwinatif, sistem kedua miliki natif ISO3200 dan sudah tentu lebih baik daripada ISO3200 yang dinaikkan daripada ISO100.

Sumber: GSMArena

Tags: OnePlusOnePlus 9
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
OnePlus 9 gunakan teknik luar biasa untuk beroleh kemampuan low-light yang padu

OnePlus 9 gunakan teknik luar biasa untuk beroleh kemampuan low-light yang padu

15 March 2021
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

1 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN