• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Caj pembangun aplikasi di Google Playstore akan dikurangkan separuh

  • OLEH Najib
  • 10:49 am
  • 17/03/2021
  • Komen
Caj pembangun aplikasi di Google Playstore akan dikurangkan separuh
Share on FacebookShare on Twitter

Pembangun aplikasi yang menggunakan pembayaran Google Playstore, perlu membayar caj 30% yang dikenakan Google dari jumlah pembayaran yang mereka terima. Bermakna, hanya 70% bayaran diterima bersih oleh pembangun aplikasi selepas ditolak Google.

Tetapi Google kini mengumumkan bahawa, bermula 1 Julai 2021 mereka akan mengurangkan caj ini kepada separuh, iaitu 15% sahaja untuk USD1 juta pertama pendapatan pembangun aplikasi setiap tahun. Menurut Google, ini akan memberi peningkatan pendapatan sekali ganda kepada 99% pembangun di seluruh dunia.



Bagi pembangun dengan pendapatan melebihi USD1 juta setahun, mereka akan kekal dikenakan caj 30% untuk pendapatan selepas USD1 juta. Menurut Google, mereka memilih USD1 juta sebagai had selepas mendapat pandangan pelbagai pihak, di mana pembangun masih mampu menjana keuntungan yang mencukupi.

Langkah Google ini dilihat menyerupai apa yang Apple lakukan pada November tahun lepas, di mana Apple telah mengurangkan caj pembangun di Apple Appstore kepada 15%, juga untuk pendapatan di bawah USD1 juta. Bagaimanapun, Apple mengenakan caj penuh 30% untuk pembangun yang menerima pendapatan melebihi USD1 juta, berbeza dengan Google yang mengenakan caj 30% untuk pendapatan selepas USD1 juta sahaja. USD1 juta pertama di Google Playstore, hanya dikenakan caj 15%.



Pembelian digital di dalam aplikasi

Pembangun aplikasi masakini kebanyakannya tidak lagi mengenakan bayaran untuk membeli aplikasi, sebaliknya mengaut keuntungan melalui pelbagai jualan digital di dalam aplikasi. Tetapi caj 30% yang dikenakan Google dan Apple di stor aplikasi mereka, telah lama menjadi aduan pembangun aplikasi kerana terlalu tinggi.

Ia menjadi kemuncak apabila permainan popular Fortnite, mengambil tindakan menyaman Apple dan Google kerana tidak membenarkan pembayaran di luar sistem stor aplikasi digunakan. Perkara ini dibalas dengan pelbagai proses saman menyaman ketiga-tiga pihak. Tetapi langkah Fortnite ini boleh dikatakan membuahkan hasil kerana Apple dan Google mula memberi perhatian dengan mengurangkan caj ini.

Dalam maklumbalas kepada berita Google ini, Fortnite menyatakan bahawa, langkah Google ini mungkin mengurangkan beban sebahagian kecil pembangun aplikasi tetapi ia tidak menyelesaikan punca masalah. Ini kerana pembangun masih dipaksa untuk menggunakan sistem pembayaran di dalam Google Playstore. Android seharusnya terbuka kepada semua bentuk pembayaran dan persaingan ini akan membawa kepada sistem pasaran aplikasi yang lebih adil dan saksama.

[Sumber: XDA]

Bacaan Berkaitan

Apple dilapor kaut USD 360 juta hasil komisen mikrotransaksi Fortnite sahaja
Apple kurangkan 50% komisen App Store, beri faedah kepada 98% pembangun berbayar
Tags: Google
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Caj pembangun aplikasi di Google Playstore akan dikurangkan separuh

Caj pembangun aplikasi di Google Playstore akan dikurangkan separuh

17 March 2021
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN