• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy Tab S7 dan Tab S7+ miliki warna baru Biru Mistik

  • OLEH Najib
  • 10:31 am
  • 18/03/2021
  • Komen
Galaxy Tab S7 dan Tab S7+ miliki warna baru Biru Mistik
Share on FacebookShare on Twitter

Salah satu tablet Android berkuasa tinggi yang boleh anda dapatkan di Malaysia masakini adalah Samsung Galaxy Tab S7 dan S7+. Ia dilancarkan pada Ogos tahun lepas dengan kuasa pemproses Snapdragon 865+ terbina di dalam.

Samsung Malaysia kini mengumumkan bahawa mereka membawa pilihan warna baru untuk tablet terbaik mereka, Mystic Navy atau biru gelap. Ia menyertai tiga lagi warna yang telah ditawarkan sebelum ini iaitu Hitam dan Perak, serta warna Gangsa eksklusif untuk Tab S7+.



Dari kiri: Gangsa, Hitam, Perak & Biru

Harganya masih tidak berubah. Galaxy Tab S7+ Mystic Navy dijual di Malaysia pada harga RM4,599 dan Galaxy Tab S7 Mystic Navy pula berharga RM3,299. Kedua-duanya hanya ada WiFi, tiada sambungan internet mudahalih LTE mahupun 5G

Keunikan siri Galaxy Tab S adalah sokongan S Pen seperti siri Galaxy Note. S Pen baru di Tab S7 dan S7+ kini dipertingkat dengan kadar lengah serendah 9ms dan ia boleh dicas mudah, dengan melekatkannya secara magnetik di belakang tablet.



Galaxy Tab S7+

Prestasi tinggi di Tab S7+ digerakkan oleh cip snapdragon 865+ bersama RAM 8GB dan storan 256GB. Ia sedia menerima kad mikroSD sehingga 1TB dan menyokong Wifi 6 untuk sambungan Wifi yang lebih pantas.

Skrinnya juga hebat, ia menggunakan paparan Super AMOLED berukuran 12.4-inci, dengan resolusi tinggi WQXGA+ (2800×1752) dan kadar penyegaran 120hz. Pengimbas capjari turut terdapat di dalam skrin.

Baterinya sebesar 10,090mAh dan ia menyokong pengecasan pantas 45W melalui port USB-C. Port ini turut menyokong DisplayPort, untuk disambung ke paparan luar sebagai skrin kedua.

Bagi kamera, ia menggunakan gabungan dua kamera belakang iaitu kamera utama 13MP dan kamera ultra lebar 5MP, di samping satu LED Flash. Di hadapan pula, ia dilengkapi kamera 8MP.

Galaxy Tab S7

Galaxy Tab S7 juga menawarkan kuasa tinggi, datang bersama pemproses Snapdragon 865+, RAM 6GB dan storan 128GB. Skrinnya berbeza, dari jenis LCD WQXGA (2560×1600) berukuran 11-inci, dan kadar penyegaran 120Hz.

Bateri juga sedikit kecil, hanya 8,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 45W melalui USB-C. Kamera yang sama digunakan di Galaxy Tab S7 iaitu dwi kamera belakang 13MP dan 5MP, serta kamera hadapan 8MP.

Tags: samsung
Najib

Najib

POPULAR

Galaxy Tab S7 dan Tab S7+ miliki warna baru Biru Mistik

Galaxy Tab S7 dan Tab S7+ miliki warna baru Biru Mistik

18 March 2021
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

18 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN