• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tablet Samsung Galaxy Tab S7/S7+ dilengkapi Snapdragon 865+ mula dijual di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 4:34 pm
  • 28/08/2020
  • Komen
Tablet Samsung Galaxy Tab S7/S7+ dilengkapi Snapdragon 865+ mula dijual di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Bermula hari ini, 28 Ogos 2020, orang ramai boleh mendapatkan tablet berkuasa tinggi keluaran Samsung. Tablet Samsung Galaxy Tab S7 dan S7+, boleh dibeli dari Stor Online Samsung, Stor Samsung Experience dan pengedar sah terpilih.

Bagaimanapun, hanya model Wifi yang dibawa masuk ke Malaysia. Tiada varian dengan internet mudah alih LTE atau 5G di sini. Terdapat dua warna pilihan untuk kedua-dua model iaitu Mystic Black dan Mystic Silver. Terdapat warna ketiga khas untuk Galaxy Tab S7+ iaitu Mystic Bronze, sama seperti Galaxy Note 20.



Harga jualan tablet terbaru Samsung ini adalah:

  • Samsung Galaxy Tab S7 – RM3,299
  • Samsung Galaxy Tab S7+ – RM4,599

Khas untuk pembeli terawal, Samsung turut memberikan hadiah percuma bernilai RM1,760 kepada 1,000 pembeli terawal Galaxy Tab S7 dan S7+. Hadiah tersebut berupa:



  1. Pelindung bersama papan kekunci (bernilai RM 999)
  2. Langganan 1-tahun Microsoft 365 (bernilai RM 269)
  3. Kad mikroSD 128GB (bernilai RM 139)
  4. Langganan Clip Studio Paint selama 6-bulan (bernilai RM 221)
  5. Langganan YouTube Premium selama 4-bulan (bernilai RM 72)
  6. Pas 1-hari Colony (bernilai RM 60)

Keunikan tablet siri S adalah S Pen seperti siri Note. S Pen baru di Tab S7 dan S7+ kini dipertingkat dengan kadar lengah serendah 9ms dan ia boleh dicas mudah dengan melekatkannya secara magnetik di belakang tablet.

Walaupun rupa kedua-dua tablet ini nampak serupa, ia memiliki spesifikasi yang jauh berbeza. Terutama di bahagian skrin. Bagusnya adalah ia menggunakan pemproses berkuasa tinggi terkini, Snapdragon 865+.

Galaxy Tab S7+

Tablet ini dikuasakan pemproses terbaik masakini, Snapdragon 865+ bersama RAM 8GB dan storan 256GB. Ia sedia menerima kad mikroSD sehingga 1TB dan menyokong Wifi 6 untuk sambungan Wifi yang lebih pantas.

Kelebihan tablet ini adalah pada skrinnya, yang menggunakan paparan Super AMOLED berukuran 12.4-inci, dengan resolusi tinggi 2800×1752 dan kadar penyegaran 120hz. Pengimbas capjari turut terdapat di dalam skrin.

Bateri sebesar 10,090mAh dipasang di dalam dan ia menyokong pengecasan pantas 45W melalui port USB-C. Port ini turut menyokong DisplayPort, jadi ia boleh disambung ke paparan luar sebagai skrin kedua.

Untuk kamera, ia menggunakan gabungan dua kamera belakang iaitu kamera utama 13MP dan kamera ultra lebar 5MP, di samping satu LED Flash. Di hadapan pula, ia dilengkapi kamera 8MP.

Galaxy Tab S7

Walaupun menggunakan pemproses yang sama, Galaxy Tab S7 hanya memiliki RAM 6GB dan storan 128GB, bersama sokongan kad mikroSD sehingga 1TB. Ia turut dilengkapi Wifi 6.

Skrin yang terdapat pada tablet ini jauh berbeza dari Tab S7+. Skrinnya berukuran 11-inci dari jenis LCD, dengan resolusi 2560X1600 serta kadar penyegaran 120Hz. Pengimbas capjari pula terletak di sisi tablet.

Saiz skrin yang kecil turut menyebabkan bateri lebih kecil di dalamnya. Ia berkapasiti 8,00mAh dan menyokong pengecasan pantas 45W melalui USB-C. Port USB ini turut menyokong DisplayPort untuk paparan kedua.

Kamera yang sama digunakan di Galaxy Tab S7 iaitu dwi kamera belakang 13MP dan 5MP, serta kamera hadapan 8MP.

Tags: samsungSamsung Galaxy Tab S7
Najib

Najib

POPULAR

Tablet Samsung Galaxy Tab S7/S7+ dilengkapi Snapdragon 865+ mula dijual di Malaysia

Tablet Samsung Galaxy Tab S7/S7+ dilengkapi Snapdragon 865+ mula dijual di Malaysia

28 August 2020
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN