• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kumpulan ke-4 Sony Playstation 5 boleh dibeli pada 19 Mac, hanya satu pembelian dibenarkan

  • OLEH Najib
  • 6:40 pm
  • 18/03/2021
  • Komen
Sony janji lebih banyak stok PlayStation 5 tersedia menjelang hujung 2020
Share on FacebookShare on Twitter

Pengeluaran konsol Sony PlayStation 5 yang sangat terhad di seluruh dunia mengakibatkan ia sangat sukar didapati buat masa ini. Di Malaysia juga, Sony membuat pengumuman minit terakhir tentang kesediaan stok konsol tersebut untuk pasaran di sini.

Terbaru, Sony Malaysia memuat naik kenyataan di Facebook bahawa pusingan ke-4 jualan Playstation 5 di Malaysia akan dibuka pada hari Jumaat, 19 Mac 2021, bermula 12 tengah malam. Pusingan ke-3 sebelum ini, telah dibuka jualannya pada sebulan yang lepas, 19 Februari 2021.



Salah satu lokasi untuk membuat tempahan konsol ini adalah di Stor Rasmi Sony di Lazada. Tambah Sony lagi, setiap orang hanya dibenarkan membeli hanya satu perkakas dan aksesori dalam setiap tempahan. Stok konsol dan aksesori terhad, jadi siapa yang cepat akan dapat membelinya. Penghantaran dijangka bermula pada 26 Mac 2021.

Selain itu, tempahan pada 19 Mac 2021 turut boleh dibuat dari pengedar sah Sony terpilih. Orang ramai diminta untuk menghubungi pengedar sah tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut untuk membuat tempahan. Patuhi juga SOP dan peraturan yang ditetapkan jika perlu pergi ke kedai. Jangan pula tak sempat beli, dah melayang RM10,000 akibat saman.



Harga jualan konsol Sony Playstation 5 dan aksesorinya di Malaysia adalah seperti berikut:

  • Sony PS5 Digital Edition – RM1,869
  • Sony PS5 UHD Blu-Ray – RM2,299
  • DualSense Wireless Controller – RM349
  • PULSE 3D wireless headset – RM469
  • HD Camera – RM279
  • DualSense Charging Station – RM149
  • Media Remote – RM149

[Sumber: Sony]

Tags: Sonysony playstation 5
Najib

Najib

POPULAR

Sony janji lebih banyak stok PlayStation 5 tersedia menjelang hujung 2020

Kumpulan ke-4 Sony Playstation 5 boleh dibeli pada 19 Mac, hanya satu pembelian dibenarkan

18 March 2021
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN