• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Teknologi Audio

Jabra Evolve2 30, fon kepala dengan bunyi jelas dan terang di kedua belah pihak

  • OLEH Najib
  • 7:06 pm
  • 19/03/2021
  • Komen
Jabra Evolve2 30, fon kepala dengan bunyi jelas dan terang di kedua belah pihak
Share on FacebookShare on Twitter

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah mengakibatkan banyak pekerja untuk bekerja dari rumah. Tetapi ia tidak memberi kelonggaran kerana semua kerja masih boleh dilakukan jarak jauh secara dalam talian, termasuk mesyuarat bersama ramai orang.

Untuk itu, fon kepala yang memiliki bukan sahaja sistem bunyi yang baik, tetapi mikrofon yang bagus adalah penting. Salah satu pilihan yang boleh anda dapatkan adalah dari Jabra, pakar audio dan komunikasi.



Jabra Malaysia hari ini melancarkan fon kepala baru, Jabra Evolve2 30 yang mampu dimiliki dan mengekalkan ciri-ciri seperti ringan, mudah alih, tahan lasak dan selesa dipakai. Siri Evolve juga adalah fon kepala yang diiktiraf untuk kegunaan Unified Communications (UC) dan Microsoft Teams.

Dengan pengiktirafan UC dan Microsoft Teams, ini menandakan Jabra Evolve2 30 boleh digunakan untuk platform UC seperti Avaya, Cisco, Mitel, Zoom, 8×8, Amazon Chime, Unify, Google, Fuze, Dialpad, RingCentral dan Microsoft. Pengguna perniagaan terutamanya, tidak perlu risau ketidakserasian menggunakannya.



Kualiti hebat di Jabra Evove2 30 salah satu darinya dengan menggunakan teknologi 2 mikrofon panggilan, untuk menangkap bunyi pemanggil dengan jelas. Ia dibantu dengan speaker 28mm dan cip digital termaju, agar pengguna boleh mendengar segalanya dengan jelas, sewaktu mendengar muzik mahupun dalam panggilan.

Jabra menyediakan sambungan berwayar yang meluas, di mana Jabra Evolve2 30 boleh bersambung menerusi port USB-A dan USB-C. Malah, ia tidak perlukan pemasangan rumit, hanya palam-dan-pasang dan ia boleh terus digunakan.

Menggunakan besi tahan karat di band kepala dan slider, ia menjadikannya sangat ringan, hanya 125gram tetapi tahan lasak. Pegguna juga boleh menggunakannya untuk masa yang panjang kerana lapik telinganya menggunakan span lembut premium, yang membentuk mengikut telinga pengguna.

Kepada yang berminat, Jabra Evolve2 30 mula dijual di Malaysia pada 19 Mac 2021, di dalam wana hitam sahaja. Harga jualannya adalah seperti berikut:

  • Jabra Evolve2 30 STEREO – RM 550
  • Jabra Evolve2 30 MONO – RM 480

Untuk mengenali lebih lanjut, layari laman produk Jabra Evolve2 30.

Tags: JabraJabra Evolve2 30
Najib

Najib

POPULAR

Jabra Evolve2 30, fon kepala dengan bunyi jelas dan terang di kedua belah pihak

Jabra Evolve2 30, fon kepala dengan bunyi jelas dan terang di kedua belah pihak

19 March 2021
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN