• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Yoodo minta maaf dan beri 3GB data percuma untuk semua pengguna

  • OLEH Najib
  • 5:50 pm
  • 21/03/2021
  • Komen
Yoodo minta maaf dan beri 3GB data percuma untuk semua pengguna
Share on FacebookShare on Twitter

Pengguna Yoodo telah berhadapan gangguan rangkaian pada 18 Mac & 19 Mac lepas, mengakibatkan terputus sambungan ke internet. Sebagai tanda memohon maaf, Yoodo mengumumkan bahawa semua pengguna aktif akan menerima 3GB data percuma.

Semua pengguna Yoodo yang memiliki akaun aktif pada 20 Mac 2021, akan menerima 3GB data percuma pada 23 Mac 2021, bermula pukul 12.01 tengah malam. Ia akan dimasukkan ke dalam kuota data pengguna secara automatik, tiada pengaktifan perlu dibuat.



Yoodo pada awalnya merancang kerja-kerja penyelenggaraan dari 17-19 Mac 2021 dan memaklumkan tiada gangguan terhadap pengguna sepanjang waktu ini. Bagaimanapun, berlaku masalah dan ia memberi kesan kepada ramai pengguna.

Berikut adalah rentetan peristiwa hitam tersebut:



18 Mac, 2.30 pagi – Gangguan perkhidmatan dikesan dan tugas baikpulih dimulakan.

18 Mac, 3.00 petang – Baikpulih selesai, semua pengguna dapat menggunakan perkhidmatan Yoodo.

19 Mac, 1.00 pagi – Gangguan kedua dikesan melibatkan sebilangan kecil pengguna, terutama mereka yang memperbaharui pelan pada 18 Mac. Tugas baikpulih dimulakan.

19 Mac, 4.00 petang – 50% dari masalah gangguan kedua telah diselesaikan dan tugas baikpulih diteruskan.

19 Mac, 9.30 malam – Semua masalah berjaya dipulihkan sepenuhnya.

Yoodo memang dikenali tidak lokek dengan promosi dan tawaran menarik. Malah, mereka sering memberi gantirugi yang banyak kepada pengguna apabila masalah timbul.

Tetapi kekerapan gangguan yang tinggi boleh membuatkan pengguna tawar hati dan beralih ke talian lain. Data 100GB percuma pun tidak berguna, kalau talian terganggu dan ia mungkin memberi kesan langsung kepada kehidupan. Yoodo perlu berusaha lebih keras dari ini untuk memulihkan imej mereka yang tercalar, selain memastikan tiada lagi gangguan rangkaian.

[Sumber: Yoodo]

Tags: yoodo
Najib

Najib

POPULAR

Yoodo minta maaf dan beri 3GB data percuma untuk semua pengguna

Yoodo minta maaf dan beri 3GB data percuma untuk semua pengguna

21 March 2021
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN