• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo X60 dan X60 Pro: Semua perkara yang anda perlu tahu

  • OLEH Najib
  • 2:06 pm
  • 23/03/2021
  • Komen
Vivo X60 dan X60 Pro: Semua perkara yang anda perlu tahu
Share on FacebookShare on Twitter

Vivo Malaysia telah melancarkan telefon pintar flagship mereka, siri X60 dengan fokus utama pada peningkatan kamera. Siri ini juga adalah peranti pertama Vivo yang dihasilkan dengan kerjasama pakar optik, Zeiss.

Harga dan tarikh jualan

Berikut adalah harga rasmi siri Vivo X60 di Malaysia:



  • Vivo X60 5G (RAM 12GB RAM + Storan 256GB) – RM2,699
  • Vivo X60 Pro 5G (RAM 12GB RAM + Storan 256GB) – RM3,299

Kedua-dua model ini boleh dimiliki di dalam warna hitam atau biru. Tempahan awal dibuka dari 22 hingga 26 Mac 2021. Promosi tempahan awal sedikit berbeza mengikut tempat tempahan.

Untuk tempahan di Stor Konsep Vivo, pembeli akan menerima pakej Protection Plus iaitu jaminan tambahan tahun ke-2 dan perlindungan keretakan skrin selama 1 tahun. Khas bagi X60, akan turut menerima casing dan pemacu kilat. Untuk X60 Pro pula, mendapat beg bagasi percuma.



Berbeza pula untuk tempahan awal dalam talian. Di Lazada dan Shopee, ia turut disertakan pakej Protection Plus (jaminan tambahan tahun ke-2 & perlindungan skrin 1-tahun). Hadiah tambahan bagi X60 adalah kotak hadiah premium (casing & pemacu kilat) dan jam pintar X8. Untuk X60, menerima jam pintar X8 dan beg bagasi percuma.

Spesifikasi

Sebenarnya tidak banyak perbezaan antara Vivo X60 dan X60 Pro. Kedua-duanya memiliki paparan AMOLED HD Penuh 120Hz, berukuran 6.56-inci. Bezanya ialah Vivo X60 menggunakan skrin rata manakala X60 Pro dengan skrin melengkung di sisi.

Kuasa pemproses juga sama, menggunakan cip Snapdragon 870 yang digandingkan dengan RAM 12GB serta storan dalaman 256GB. Tiada slot kad mikroSD untuk storan tambahan.

Di kamera juga ada sedikit perbezaan, dengan tiga kamera belakang. Di Vivo X60, ia dipasang dengan kamera utama 48MP bersama OIS, kamera ultra lebar 13MP dan kamera potret 13MP yang turut menawarkan zum optikal 2x.

Bagi versi Pro, ia memiliki kamera ultra lebar dan kamera potret yang sama, tetapi menggunakan kamera utama 48MP yang datang bersama penstabil seperti gimbal untuk tangkapan yang lebih stabil. Kamera hadapan adalah serupa, menggunakan sensor 32MP di dalam lubang di dahi skrin.

Sistem pengecasan pantas 33W disokong oleh kedua-dua model tetapi kapasiti tidak serupa. Bateri di Vivo X60 berkapasiti 4,300mAh manakala Vivo X60 Pro sedikit kecil, hanya 4,200mAh. Siri X60 menjalankan sistem operasi FunTouch OS 11.1 berasaskan Android 11.

Tags: vivovivo x60 pro
Najib

Najib

POPULAR

Proton e.MAS 5: Harga anggaran RM60K – RM80K, dua varian kini boleh ditempah

Proton e.MAS 5: Harga anggaran RM60K – RM80K, dua varian kini boleh ditempah

7 October 2025
Vivo X60 dan X60 Pro: Semua perkara yang anda perlu tahu

Vivo X60 dan X60 Pro: Semua perkara yang anda perlu tahu

23 March 2021
Tesla Malaysia umum promosi akhir sebelum pengecualian cukai EV tamat

Tesla Malaysia umum promosi akhir sebelum pengecualian cukai EV tamat

13 October 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER