• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Apa akan muncul di majlis pelancaran mega Xiaomi 2021?

  • OLEH Najib
  • 10:35 am
  • 23/03/2021
  • Komen
Apa akan muncul di majlis pelancaran mega Xiaomi 2021?
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi baru sahaja melancarkan siri Redmi Note 10 awal bulan ini, disertai lagi oleh pelancaran Poco F3 dan Poco X3 Pro. Tidak lama lagi, mereka akan mengadakan satu lagi acara pelancaran besar-besaran di peringkat antarabangsa.

Diumumkan enerusi pelbagai media saluran mereka, acara Xiaomi Mega Launch akan diadakan pada hari Isnin minggu hadapan, 29 Mac 2021. Acara ini akan dimulakan pukul 7.30 malam waktu Malaysia dan ia akan disiarkan secara langsung menerusi Facebook, Twitter dan YouTube rasmi Xiaomi.



The 2021 #XiaomiMegaLaunch is coming soon!

We can't wait to see you at our Xiaomi 2021 New Product Launch on Monday, March 29th, at 19:30 (GMT+8).

This is one launch you really better not miss! pic.twitter.com/Y6rA5Wrxyf

— Xiaomi (@Xiaomi) March 22, 2021

Buat masa ini, Xiaomi masih tidak memberi petunjuk mengenai apakah produk yang akan mereka lancarkan di sini. Tetapi spekulasi mengenainya telah tersebar.

Antara yang kuat diperkatakan adalah pelancaran model baru dalam siri Mi 11 iaitu Mi 11 Lite, Mi 11 Pro dan Mi 11 Ultra. Sebelum ini, telah tersebar gambar berkaitan Mi 11 Ultra yang memiliki skrin kedua kecil di belakang.



Sumber

Selain itu, Xiaomi juga dikhabarkan mahu memperkenal telefon dengan skrin boleh lipat pertama mereka, menggunakan nama Mi MIX. Serta laptop Mi Notebook Pro, sebuah perkakas yang belum pernah dijual di Malaysia.

Adakah khabar yang timbul ini benar? Nantikan laporan dari kami mengenainya pada hari Isnin, 29 Mac akan datang.

[Sumber: Xiaomi, GizmoChina]

Tags: xiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Apa akan muncul di majlis pelancaran mega Xiaomi 2021?

Apa akan muncul di majlis pelancaran mega Xiaomi 2021?

23 March 2021
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Kerajaan tawar diskaun tol 50% selama 2 hari sempena Aidilfitri untuk kenderaan Kelas 1

Deepavali 2026: Nikmati diskaun tol 50% pada 6 dan 7 November ini

5 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN