• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Amazfit T-Rex Pro beza harga RM160 berbanding model dulu dan ini kelainannya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 6:43 am
  • 24/03/2021
  • Komen
Amazfit T-Rex Pro beza harga RM160 berbanding model dulu dan ini kelainannya
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang di-tease-kan pada minggu lalu, Amazfit kini telah lancarkan Amazfit T-Rex Pro kedalam pasaran Malaysia. Harganya agak tinggi, melebihi jangkaan saya.

Di Malaysia, Amazfit T-Rex Pro boleh didapati pada harga RM659. Untuk perbandingan T Rex biasa dilancarkan pada harga RM499 tapi kini diturunkan kepada RM419. Kalau anda dapatkan set import, anda boleh temui harga di bawah RM400.



Saluran rasmi untuk dapatkan T-Rex Pro adalah di Shopee dan Lazada. Tempahan untuk memilikinya sudahpun dibuka dan hari jualan rasminya adalah pada 4 April 2021.

Spesifikasi Amazfit T Rex Pro

Model terbaru ini masih kekalkan rupa paras model terdahulu. Tapi ia hadir dalam pilihan warna baru iaitu putih dan juga turquoise disamping warna hitam komtemporari.



Di bahagian muka, ia ada paparan AMOLED sebesar 1.3” yang dilindungi badan polikarbonat. Kelasakannya dipertingkat daripada 5ARM kepada 10ATM. Jadi, ia berupaya untuk menyelam lebih dalam, sehingga 100m berbanding 50m sebelum ini.

Komponen pengimbas nadi telah ditambah baik kepada BioTracker 2 PPG untuk pemantauan 24 jam sehari. Untuk menjejak lokasi anda beraktiviti, ia kini menyokong lebih banyak satelit penjejak iaitu GPS, GLONASS, BeiDou, dan Galilieo. Namun, semasa menjejak, hanya 2 sistem satelit saja boleh digunakan, bergantung kepada kekuatan isyarat.

Model baru ini turut dilengkapi sensor kompas digital Bersama-sama dengan giroskop, akselerator, dan batometer.

Kapasiti baterinya sama seperti sebelum ini tapi hayat bateri boleh capai sehingga 18 hari lamanya ataupun 9 hari dalam kegunaan lasak. Bila fungsi GPS dihidupkan, ia boleh beroperasi sehingga 40 jam lamanya.

Untuk tambahan RM160 berbanding T Rex model lama, anda dapat naik taraf daripada segi kelasakan 10ATM, sensor satelit penjejak baru, pengimbas nadi baru, sensor kompas yang baru, hayat bateri lebih panjang, pilhian warna baru.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: amazfitamazfit t rexamazfit t rex pro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Tahu tak, telefon siri Galaxy A ada kecerdasan pintar seperti Jarvis?

29 Mac 2023
Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

20 Mac 2023
Amazfit T-Rex Pro beza harga RM160 berbanding model dulu dan ini kelainannya

Amazfit T-Rex Pro beza harga RM160 berbanding model dulu dan ini kelainannya

24 Mac 2021
Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

21 Mac 2023
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Nak telefon unik dengan pelekat & warna idaman? Semuanya boleh dengan Galaxy Z Flip4 Bespoke

1 Disember 2022
Guna cara ini untuk sambung telefon ke laptop dan lipat gandakan hasil kerja anda

Guna cara ini untuk sambung telefon ke laptop dan lipat gandakan hasil kerja anda

30 Mac 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER