• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Black Shark 4 Pro boleh dicas penuh dalam masa 15 minit sahaja

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:17 am
  • 25/03/2021
  • Komen
Black Shark 4 Pro boleh dicas penuh dalam masa 15 minit sahaja
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas ROG Phone 5 dan juga Nubia Red Magic 6, telefon gaming ketiga untuk tahun 2021 yang dilancarkan ialah siri Black Shark 4. Ada dua varian dalam siri kali ini iaitu:

  • Black Shark 4 Pro
  • Black Shark 4

Black Shark 4 Pro

Black Shark 4 Pro ada panel paparah FHD+ sebesar 6.67”. Panel itu miliki refresh rate 144Hz dengan polling rate setingg 720Hz, tertinggi setakat ini dalam kalangan telefon pintar. Maknanya, input daripada jari anda dibaca lebih pantas berbanding telefon lain untuk berikat sela masa yang paling minimum untuk telefon memberikan gerak balas.



Atas papan utama, ia diperkasa cip Snapdragon 888 dengan sokongan 5G. Kombinasi RAM dan storannya ada pelbagai, antaranya:

  • RAM 8GB + 256GB
  • RAM 12GB + 256GB
  • RAM 16GB + 512GB

Di bahagian pengimejan, Black Shark 4 Pro ada trikamera belakang. Kombinasi yang digunakan ialah kamera 64MP, 8MP (ultralebar), dan 5MP (makro). Di bahagian depan, kamera selfie ditempatkan dalam potongan membulat di bahagian dahi telefon dan ia ada sensor 20MP.



Tangki bateri 4,500mAh ada dalam badan Black Shark 4 Pro dan ia dicas pantas dengan pengecas yang bekerja pada kadar 120W. Menurut pemgeluarnya, mengecas penuh telefon ini hanya ambil masa 15 minit.

Ciri unik daripada model-model sebelum ini turut hadir. Contohnya, butang trigger yang akan terpacul keluar bila anda lancarkan APP permainan  manakala untuk gunakan headfon, ada lubang audio 3.5mm padanya.

Black Shark 4 Pro boleh dibezakkan dengan versi bukan Pro melalui kemasan belakang yang tiada corak X untuk sesetengah varian. Selain kemasan, beberapa komponen lain juga tak sama.

Black Shark 4

Black Shark 4 miliki persamaan daripada segi fizikal. Beza yang pertama ialah pada bahagian SoC. Ia tidak gunakan Snapdraogn 888 sebaliknya 870.

Berikut adalah kombinasi RAM dan storan yang boleh pengguna dapatkan:

  • RAM 6GB + 128GB
  • RAM 8GB + 128GB
  • RAM 12GB + 128GB
  • RAM 12GB + 256GB

Bahgian pengimejan satu berbezaan. Ia ada trikamera belakang tapi kamera utamam 64MP pada versi Pro digantikan dengan kamera 48MP. Lain-lain kompnen kamera adalah sama iaitu kamera ultralebar 8MP, kamera makro 5MP, dan kamera selfie 20MP.

Harga siri Black Shark 4 di China

Black Shark 4 setakat ini cuma terdapat dalam pasaran China. Tapi mengikut trend sebelum ini, ada beberapa varian yang akan tiba di Malaysia. Sementara menunggunya, ini adalah senarai harga Black Shark 4 di China.

  • BS4 Pro – RAM 8GB + 256GB – RMB3,999 (RM2,534)
  • BS4 Pro – RAM 12GB + 256GB – RM4,499 (RM2,580)
  • BS4 Pro – RAM 16GB + 512GB – RMB5,299 (RM3,357)
  • BS4 – RAM 6GB + 128GB – RMB2,499 (RM1,583)
  • BS4 – RAM 8GB + 128GB – RMB2,699 (RM1,710)
  • BS4 – RAM 12GB + 128GB -RMB2,999 (RM1,900)
  • BS4 – RAM 12GB + 256GB – RMB3,299 (RM2,090)
Tags: balck shark 4black sharkblack shark 4 pro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Black Shark 4 Pro boleh dicas penuh dalam masa 15 minit sahaja

Black Shark 4 Pro boleh dicas penuh dalam masa 15 minit sahaja

25 March 2021
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER