• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Penghidap sindrom Asperger tubuh saluran YouTube, beri kesedaran tentang Autisme

  • OLEH Fatin Amanina
  • 5:29 pm
  • 26/03/2021
  • Komen
Penghidap sindrom Asperger tubuh saluran YouTube, beri kesedaran tentang Autisme
Share on FacebookShare on Twitter

Nampak dari luaran ia seperti saluran Youtube biasa yang berkongsi kandungan vlog tentang aktiviti harian, namun siapa sangka sebenarnya saluran Vignesh’s Adventures adalah mengenai seorang lelaki yang mengalami sindrom Asperger melakukan aktiviti harian.

Secara umumnya, individu dengan sindrom Asperger menghadapi masalah berinteraksi serta punyai tahap bahasa dan kecerdasan sederhana.



Vigneshwaran Loganathan, 28 merupakan seorang siswa sarjana pentadbiran perniagaan di sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur. Dia mula aktif di YouTube sejak dua bulan lalu, dia menunjukkan kemampuan melakukan aktiviti harian seperti memakai tali leher, beli barang dapur dan ada juga video nya memasak.

Menurutnya, saluran ini diwujudkan adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai Autisme dalam kalangan penonton. Antara yang memberi semangat kepadanya untuk menubuhkan saluran ini ialah ibu bapa dan abang saudaranya. Malah, topik video juga ditentukan oleh ibu bapanya.



Sehingga kini, saluran YouTube Vignesh mempunyai 19 video dan 724 pengikut. Dia memuat naik satu video pada setiap minggu. Tempoh videonya masing-masing antara 15 saat sehingga lapan minit.

Berdasarkan video yang di muat naik, Vignesh menunjukkan meskipun individu dengan sindrom Asperger mempunyai gangguan perkembangan yang mempengaruhi interaksi dan komunikasi sosial, dia tetap mampu melakukan aktiviti seperti individu biasa.

[Sumber: The Star]

Tags: YouTube
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Penghidap sindrom Asperger tubuh saluran YouTube, beri kesedaran tentang Autisme

Penghidap sindrom Asperger tubuh saluran YouTube, beri kesedaran tentang Autisme

26 March 2021
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER