• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Yes meneruskan pemberian 40GB data percuma untuk golongan B40

  • OLEH Najib
  • 1:41 pm
  • 29/03/2021
  • Komen
Yes meneruskan pemberian 40GB data percuma untuk golongan B40
Share on FacebookShare on Twitter

Malaysia telah melalui 1 tahun Perintah Kawalan Pergerakan sejak 18 Mac 2020. Antara norma baharu yang dirasai oleh rakyat Malaysia adalah pembelajaran dari rumah (BDR). Yes, salah satu syarikat telekomunikasi di Malaysia telah memberikan telefon pintar dan 40GB data percuma untuk keluarga B40, dan mereka akan meneruskannya lagi tahun ini.

Yes baru-baru ini melancarkan Yes Kasi Up B40, menawarkan 40GB data percuma kepada golongan B40 yang berdaftar. Pengguna yang tergolong di dalam B40, boleh memohonnya di laman web www.yes.my/kasiupB40 atau melalui aplikasi MyYes.



Untuk memohon, golongan B40 dikehendaki memberikan butiran perhubungan mereka di dalam laman sesawang berkenaan bagi membolehkan kad SIM YES dihantar terus ke rumah mereka. Selepas ia diaktifkan melalui aplikasi MyYes, 40GB data percuma tersebut sah untuk tempoh 60 hari.

Pengarah Urusan YTL Communications, Dato’ Yeok Seok Hong ketika mengumumkan inisiatif itu berkata, “Hari ini genap setahun sejak kami mula memberikan data percuma kepada mereka yang sangat memerlukan. Perjalanan itu bermula dengan inisiatif Belajar Dari Rumah Yayasan YTL dengan kerjasama YES. Sasarannya pada ketika itu ialah untuk memastikan semua murid-murid sekolah di Malaysia dapat terus belajar, walaupun semasa perintah kawalan pergerakan sedang dilaksanakan akibat pandemik COVID-19. Kad SIM YES kami yang didatangkan dengan 40GB data percuma serta akses kandungan pembelajaran yang dibangunkan oleh FrogAsia di dalam platform pembelajarannya sejak itu telah membantu lebih 450,000 kanak-kanak di Malaysia, kebanyakannya terdiri daripada golongan B40, meneruskan pembelajaran di sepanjang tempoh pandemik.



“Setahun kemudian, kami memperluaskan inisiatif data percuma ini kepada semua rakyat B40. Dengan pembukaan semula ekonomi, dan tekanan yang dialami oleh rakyat akibat kehilangan pekerjaan, kemerosotan pendapatan dan kelembapan aktiviti perniagaan, adalah penting untuk kita terus memainkan peranan merapatkan jurang digital. Akses kepada data adalah penentu kejayaan; setiap rakyat Malaysia mesti boleh mendapat akses Internet berkelajuan tinggi untuk belajar, bekerja, mengembangkan perniagaan dan membeli-belah barangan keperluan harian mereka. Ia merupakan satu-satunya cara untuk memastikan Malaysia mencapai potensi sepenuhnya. Pendemokrasian data ini adalah intipati paling utama inisiatif YES Kasi UP,” tegas Dato’ Yeoh.

Inisiatif Yes Kasi Up

Yes Kasi Up B40 adalah inisiatif terbaru dalam kempen Yes Kasi Up. Ia bermula dengan pelancaran pelan prabayar Yes Kasi Up Prepaid 15, pelan prabayar paling mampu milik di Malaysia. Bersama pelan pascabayar Yes Kasi Up Postpaid 49, dengan langganan percuma selama 6 bulan untuk kontrak selama 2 tahun.

Ia diikuti dengan program Yes Kasi Up Refer & Earn, memberi peluang kepada pelanggan YES untuk menjana pendapatan tambahan dengan merujukkan pelan Yes kepada rakan atau ahli keluarga. Seterusnya adalah program Yes Databack dengan kerjasama Shopee, memberi ganjaran berjuta GB data percuma kepada pelanggan Shopee.

Tags: yes 4gYes Kasi Up
Najib

Najib

POPULAR

Yes meneruskan pemberian 40GB data percuma untuk golongan B40

Yes meneruskan pemberian 40GB data percuma untuk golongan B40

29 March 2021
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

8 April 2026
U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

8 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN