HarmonyOS akan dilancarkan April depan, pertama digunakan di Huawei Mate X2

Sudah lama Huawei bercerita tentang sistem operasi mudahalih mereka, HarmonyOS. Ia mahu mengganti Android yang dihalang penggunaan penuhnya oleh Amerika sejak tahun 2019. Kini, Huawei mengesahkan akan melancarkan HarmonyOS secara rasmi pada bulan April 2021.

Huawei telah menguji HarmonyOS peringkat Beta di tahap ketiga, dan mereka akan mengeluarkan versi akhir dan boleh digunakan secara rasmi pada bulan April ini. Produk pertama Huawei yang akan menggunakannya adalah Huawei Mate X2, telefon pintar dengan skrin boleh lipat.

Huawei Mate X2 telah dilancarkan pada awal tahun ini, tetapi ia menggunakan sistem operasi EMUI 11 berasaskan Android 10. Mate X2 akan menerima kemaskini HarmonnyOS selepas ini, bagi menggantikan EMUI 11.

Dalam satu laporan ini, sekitar 90% telefon pintar Huawei yang dilancarkan sejak sekatan Amerika dikenakan pada tahun 2018, akan boleh bertukar ke HarmonyOS. Antaranya ialah siri Mate 20, siri Nova 6, siri P30, siri Mate 40, siri Nova 7, siri P40, Mate X serta Mate Xs.

Huawei Mate 30, telefon pertama Huawei tanpa perkhidmatan Google

Dengan pengumuman ini, dijangka semua produk baru Huawei selepas ini akan menggunakan HarmonyOS sebagai sistem operasi. Ini termasuk siri Huawei P50, dijangka akan dilancarkan pada suku kedua tahun ini jika ia mengikuti jadual yang sama seperti tahun-tahun sebelumnya.

Jika HarmonyOS ditawarkan untuk peranti Huawei di Malaysia yang tidak memiliki sokongan Google, adakah anda akan menaik taraf dan menggunakannya? Memandangkan Huawei kini boleh menyediakan kemaskini keselamatan dan sistem sendiri di dalam HarmonyOS.

[Sumber: GSMarena]