• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mi 11 Ultra & Mi 11 Pro: Semua maklumat yang anda perlu tahu

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:02 am
  • 30/03/2021
  • Komen
Mi 11 Ultra & Mi 11 Pro: Semua maklumat yang anda perlu tahu
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi telah lancarkan sejumlah telefon pintar dalam siri Mi 11. Dua daripadanya ialah Mi 11 Ultra dan Mi 11 Pro. Ada satu lagi telefon, Mi 11 Lite yang tak kurang hebatnya, tapi anda boleh bacanya dengan lebih lanjut di sini.

Mi 11 Lite: Nipis pada rupa, tebal pada gaya

Mi 11 Ultra

Sebagai yang paling hebat daripada Xiaomi, telefon ini mengandungi hanya yang terbaik. Paling menarik, Mi 11 Ultra dan Mi 11 Pro adalah dua telefon pertama Xiaomi yang ada IP68.



Pada bahagian muka, ia ada paparan 6.81” AMOLED beresolusi WQHD+ dengan refresh rate setinggi 120Hz.

Atas papan utama, Snapdragon 888 menjadi yang bertanggungjawab melakukan segala proses pengkomputeran padanya. Ada tiga kombinasi RAM dan storan boleh didapati. Anda sama ada boleh dapatkan 8+256, 12+256, ataupun 12+512. Tiada slot mikro-SD untuk tujuan peluasan ruang penyimpanan.



Bahagian kamera menjadi kunci keunikan Mi 11 Ultra berbanding ahli lain dalam sirinya, malahan dengan telefon pesaing yang lain. Pada telefon ini, sensor Samsung GN2 pertama kali digunakan. Saiznya 1/1.2” dan ia adalah antara yang terbesar setakat ini.

Xiaomi membandingkannya dengan kamera jenis point-and-shoot Sony RX100 Mk 7. Selain miliki resolusi 50MP, Xiaomi turut menekankan yang ia miliki prestasi gambar gelap yang tiada tolok bandingnya.

Kamera utama itu dibantu oleh 2 buah kamera belakang yang kedua-duanya menggunakan sensor IMX586 48MP. Bezanya, satu daripada ialah kamera telemakro manakala satu lagi kamera ultralebar.

Salah satu perkara menarik Mi 11 Ultra, berhampiran dengan kamera belakang telefon ini ada paparan sekunder berwarna. Ia boleh diguna untuk bantu anda ambil gambar ataupun digunakan untuk paparkan maklumat-maklumat berguna.

Gambar selfie boleh anda ambil gunakan kamera 20MP. Xiaomi katanya bangunkan algoritma khas untuk berikan kesan kulit yang cantik dan ada juga fungsi zum untuk bantu anda kenakan bahan solek.

Tangki bateri 5,000mAh pada telefon ini membekalkan tenaga pada segala komponen elektroniknya. Pengecasnya bekerja pada kadar 67W sama ada secara kabel ataupun tanpa kabel. Kalau anda ingin berkongsi tenaga bateri dengan peranti lain, ia boleh mengecas peranti lain secara wayarles pada kadar 10W.

Mi 11 Pro

Mi 11 Pro asasnya ialah Mi 11 Ultra tetapi di beberapa kelaianan. Padanya, anda kehilangan paparan sekunder serta konfigurasi kamera belakangnya sedikit berbeza.

Memang anda dapat konfigurasi trikamera. Tapi untuk kamera telemakro dan ultralebar, ia masing-masing ditukarkan dengan kamera 8MP dan kamera 13MP.

Ia tiada varian dengan storan 512GB, tapi pengguna tetap ada 3 varian kombinasi RAM+Storan untuk dipilih iaitu 8GB+128GB, 8GB+256GB, ataupun 8GB+512GB.

Selain perbezaan yang diceritakan di atas, Mi 11 Pro tetap sebuah telefon yang berkuasa. Anda dapat Snapdragon 888, bateri 5,000mAH dan segala macam manfaat daripada Mi 11 Ultra.

Harga Mi 11 Ultra & Mi 11 Pro

Mi 11 Ultra dan Mi 11 Pro akan mula masuk pasaran China 2 April ini. Untuk pasaran kita, anda perlu nantikannya dalam masa terdekat kerana kami masih menantikan maklumat daripada pihak Xiaomi Malaysia. Sementara menunggunya, berikut adalah harga barisan Mi 11 Ultra dan Mi 11 Pro:

  • Mi 11 Ultra – RAM 8GB + storan 256GB – RMB5,999 (RM3,783)
  • Mi 11 Ultra – RAM 12GB + storan 256GB – RMB6,499 (RM4,099)
  • Mi 11 Ultra – RAM 12GB + storan 512GB – RM6,999 (RM4,414)
  • Mi 11 Pro – RAM 8GB + storan 128GB – RMB4,999 (RM3,153)
  • Mi 11 Pro – RAM 8GB + storan 256GB – RMB5,299 (RM3,342)
  • Mi 11 Pro – RAM 12GB + storan 256GB – RMB5,699 (RM3,594)
Tags: mi 11 promi 11 ultraxiaomixiaomi mi 11 proXiaomi Mi 11 Ultra
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Mi 11 Ultra & Mi 11 Pro: Semua maklumat yang anda perlu tahu

Mi 11 Ultra & Mi 11 Pro: Semua maklumat yang anda perlu tahu

30 March 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER