• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tiga aksesori baru Realme tiba, bantu main game dengan lebih hebat

  • OLEH Najib
  • 2:45 pm
  • 30/03/2021
  • Komen
Tiga aksesori baru Realme tiba, bantu main game dengan lebih hebat
Share on FacebookShare on Twitter

Selain telefon pintar Realme Narzo 30A, Realme Malaysia turut mengumumkan ketibaan 3 produk baru iaitu aksesori untuk bermain game di telefon pintar. Dengan aksesori ini, pemain game boleh meningkatkan prestasi permainan di samping mendapat pengalaman bermain game yang lebih selesa.

Tiga produk tersebut adalah Realme Mobile Game Finger Sleeves, Realme Cooling Back Clip dan Realme Mobile Game Controller. Ia akan dijual di Malaysia bermula dari 4 April 2021, kecuali Realme Mobile Game Controller yang akan diberitahu kemudian.



Mereka yang berminat, boleh mendapatkannya di Stor Rasmi Realme di Shopee. Lebih baik lagi, Realme memberikan diskaun istimewa untuk jualan hari pertama.

Harga aksesori baru Realme ini adalah seperti berikut:



  • Realme Mobile Game Finger Sleeves – RM 29 (Promosi RM9.90 pada 4 April)
  • Realme Cooling Back Clip – RM 149 (Promosi RM99 pada 4 April)
  • Realme Mobile Game Controller – RM 99 (Akan Datang)

Realme Mobile Game Finger Sleeves

Sarung tangan ini direka khas untuk pemain yang jarinya mudah berpeluh. Ia memiliki 6 kali sensitiviti lebih tinggi kerana diperbuat daripada Superconducting Electric Silver Fiber, agar pengguna memiliki kawalan yang lebih lancar dan tepat.

Rekaan senipis 0.25mm menjadikannya sangat ringan dan tidak terasa beban di jari. Ia juga elastik 4D, membolehkannya di pakai di semua saiz jari tanpa berasa terlalu ketat.

Realme Cooling Back Clip

Kipas penyejuk ini boleh membantu mengurangkan kehangatan telefon pintar, terutama ketika bermain game. Menggunakan teknologi dwi-penyejukan, ia boleh menyejuk dengan cepat menggunakan cip semikonduktor ais Peltier, bersama kipas 7-bilah untuk mengalirkan udara sejuk.

Kipas yang berputar tidak terlalu bising, mencatatkan hanya 27db supaya permainan tidak terganggu. Kehangatan bermain game ditambah dengan sistem pencahayaan RGB padanya untuk memberi pengalaman yang lebih menarik.

Realme Mobile Game Controller

Bertindak sebagai butang fizikal, alat kawalan ini menggunakan teknologi CapAir Mapping, menghantar isyarat elektrik secara langsung ke skrin dengan jarak keunci sangat pendek. Ini memastikan ia tinggi kepekaan dan kawalan tangkas untuk pemain.

Pengguna juga tidak perlu risau dengan hayat bateri kerana ia boleh digunakan sehingga 80 jam secara berterusan dengan cas penuh, atau 20 hari dengan purata 4 jam sehari. Pengguna juga boleh bermain lebih kreatif dengan fungsi Mod Burst boleh dirakam untuk serangan kerap, serta Micro Switch Trigger bagi menghantar isyarat kekunci lebih pendek dan cepat.

Tags: RealmeRealme Cooling Back ClipRealme Mobile Game ControllerRealme Mobile Game Finger Sleeves
Najib

Najib

POPULAR

Tiga aksesori baru Realme tiba, bantu main game dengan lebih hebat

Tiga aksesori baru Realme tiba, bantu main game dengan lebih hebat

30 March 2021
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN