• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme Narzo 30A, pilihan telefon gaming lebih murah dari Realme

  • OLEH Najib
  • 1:15 pm
  • 30/03/2021
  • Komen
Realme Narzo 30A, pilihan telefon gaming lebih murah dari Realme
Share on FacebookShare on Twitter

Realme Malaysia hari ini mengumumkan kedatangan 4 produk baru mereka untuk bulan April 2021. Tiga darinya adalah aksesori untuk peminat game di telefon pintar dan satu lagi adalah telefon pintar baru.

Kesemua produk yang diumumkan ini akan mula dijual pada 4 April 2021 dan Realme Malaysia menawarkan harga pengenalan istimewa hanya pada hari pertama jualan.



Realme Narzo 30A

Narzo adalah siri gaming yang dilancarkan Realme tahun lepas. Tetapi telefon pintar ini bukanlah model serba baharu. Ia sebenarnya hanya diubahsuai sedikit dari Realme Narzo 20 yang dilancarkan tahun lepas.

Antara persamaannya ialah ia menggunakan cip Mediatek Helio G85, bersama RAM LPDDR4x 4GB dan storan dalaman 64GB. Terdapat tiga slot kad padanya dan ia menerima dua kad sim nano bersama satu kad mikroSD serentak.



Bateri yang besar juga masih ada, berkapasiti 6,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 18W melalui USB-C. Kabel dan pengecas turut diberikan di dalam kotak.

Skrin juga tidak berubah, seluas 6.5-inci dengan resolusi HD 720p. Ia juga bertakuk kecil di atas, memuatkan kamera hadapan 8MP. Pengimbas capjari dipasang di belakang badan.

Satu perkara berbeza berbanding Realme Narzo 20 adalah kekurangan kamera belakang. Realme Narzo 30A hanya ada dua kamera belakang, menggabungkan kamera utama 13MP F2.2 dan kamera hitam putih 2MP.

Realme turut memberikan kemasan yang sedikit berbeza di belakang Narzo 30A. Ia memiliki kemasan berombak dan datang dalam dua pilihan warna, biru laser atau hitam laser.

Secara ringkas, Narzo 30A macam turun taraf dari Narzo 20, di bahagian kamera. Sebab itu, harganya juga sedikit rendah. Realme Narzo 30A dijual di Malaysia pada harga RM599, bermula dari 4 April 2021.

Tetapi khas di hari pertama jualan iaitu 4 April 2021, ia boleh dibeli dengan diskaun RM100, menjadi RM499 sahaja. Tawaran ini hanya terdapat di Stor Rasmi Realme di Shopee.

Tags: Realmerealme narzo 30a
Najib

Najib

POPULAR

Realme Narzo 30A, pilihan telefon gaming lebih murah dari Realme

Realme Narzo 30A, pilihan telefon gaming lebih murah dari Realme

30 March 2021
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN