• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Topeng muka elektronik N95 Razer akan dijual, direka dengan mikrofon di dalam

  • OLEH Fatin Amanina
  • 10:01 am
  • 30/03/2021
  • Komen
Topeng muka elektronik N95 Razer akan dijual, direka dengan mikrofon di dalam
Share on FacebookShare on Twitter

Pada awal tahun ini, Razer ada hasilkan satu prototaip topeng muka elektronik N95 dengan lampu RGB 16.8 juta warna yang boleh digunakan semula. Ia dicipta dibawah satu projek yang dipanggil Project Hazel.

Topeng muka ini mempunyai reka bentuk moden dan boleh direka secara khusus (custom made) kepada pembeli untuk mengikut kesesuaian bentuk muka. Adakah anda akan membelinya sekiranya ia ada dipasaran?



Razer nak jual Project Hazel

Ketua Pegawai Eksekutif Razer Min-Liang Tan memberitahu kepada Yahoo Finance bahawa pencipta peralatan elektronik itu merancang untuk menjadikan topeng muka Project Hazel menjadi kenyataan.

Tetapi, dia tidak mengatakan bila topeng itu akan dijual kepada umum, namun dia ada menjelaskan antara sebab Razer ingin menjualnya.



Min-Liang Tan mengatakan bahawa syarikat itu sedar masyarakat masih ingin memakai topeng muka walaupun sudah menerima vaksin Covid-19. Ini sebagai langkah pencegahan tambahan daripada terkena jangkitan itu.

Menurutnya juga, mungkin ada negara yang tidak dapat memberikan vaksin kepada seluruh penduduk dalam satu hingga dua tahun akan datang, oleh itu pelancong harus terus menggunakan topeng muka untuk perlindungan.

Topeng muka ini mempunyai banyak kelebihan, meskipun kelihatan tebal ia sebenarnya direka dengan sifat telus pada bahagian hadapan. Ada juga mikrofon terbina di dalamnya memudahkan si pemakai untuk berkomunikasi.

Disediakan juga daya tahan cecair yang mampu melindungi pemakai dari titisan dan percikan air yang besar. Ia juga direka dengan ventilator yang mampu menyaring sekurang-kurangnya 95% zarah-zarah yang dibawa udara.

Ketika dikenalkan sebagai prototaip dahulu, topeng muka ini juga dipertontonkan dengan kotak pengecas. Di dalam pengecas itu, ada cahaya UV untuk membunuh bakteria dan virus pada topeng tersebut. Ianya juga memastikan topeng muka dapat berfungsi dengan baik.

Namun, tidak diketahui sama ada kotak pengecas tersebut akan disertakan semasa jualan atau dijual berasingan.

Dengan ciri yang ada pada topeng muka ini, anda jangkakan berapa harganya apabila ia dijual nanti?

[Sumber: Engadget, Yahoo News]

Tags: razer
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Topeng muka elektronik N95 Razer akan dijual, direka dengan mikrofon di dalam

Topeng muka elektronik N95 Razer akan dijual, direka dengan mikrofon di dalam

30 March 2021
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN