• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Razer reka topeng muka N95 elektronik, tampil bergaya dengan lampu RGB 16.8 juta warna

  • OLEH Fatin Amanina
  • 10:39 am
  • 14/01/2021
  • Komen
Razer reka topeng muka N95 elektronik, tampil bergaya dengan lampu RGB 16.8 juta warna
Share on FacebookShare on Twitter

Razer, syarikat peneraju barangan elektronik merupakan antara yang terlibat dalam pameran CES 2021 yang dijalankan secara maya pada tahun ini. Dalam pameran tersebut, Razer mengetengahkan topeng muka elektronik N95 yang boleh digunakan semula. Ia dicipta dibawah satu projeknya yang dipanggil Project Hazel.

Ciri keselamatan

Sebagai medium kepada kecekapan penapisan bakteria (BFE) yang tinggi, topeng ini mempunyai daya tahan cecair yang mampu melindungi pemakai dari titisan dan percikan air yang besar. Ia juga direka dengan ventilator yang mampu menyaring sekurang-kurangnya 95% zarah-zarah yang dibawa udara.



Pengudaraan aktif topeng ini membawa masuk udara sejuk dan mengeluarkan haba yang dihasilkan dari nafas. Ia dikatakan mencegah pengumpulan karbon dikosida di topeng yang boleh menyebabkan sakit kepala dan pening.

Topeng muka ini juga didatangkan dengan kotak pengecas. Bukan seperti pengecas biasa, di dalamnya ada cahaya UV yang digunakan untuk membunuh bakteria dan virus pada topeng tersebut.



Pengecas juga digunakan untuk memastikan topeng berfungsi dengan baik. Topeng muka ini akan bersinar dari warna merah ke hijau untuk rujukan individu semasa memeriksa tahap bateri ketika dipakai.

Rekaan topeng

Topeng ini direka dengan sifat kalis air dan tahan calar. Ia diperbuat daripada plastik silikon yang boleh dikitar semula bagi meminimumkan pembaziran berbanding dengan topeng pakai buang biasa.

Apabila individu memakai topeng ini, sesiapa sahaja yang sedang berkomunikasi dengan mereka boleh melihat reaksi muka pemakai dengan jelas, bahkan mulutnya juga. Ini kerana rekaan topeng tersebut dilihat seperti menggunakan material bersifat telus.

Gelung telinga yang tebal digunakan pada topeng muka ini bagi mengurankan tekanan pada telinga pemakai. Oleh itu, pemakai tidak merasa sakit dibandingkan dengan topeng muka bertali nipis yang biasa.

Menariknya, topeng ini boleh direka secara khusus (custom made) kepada pembeli untuk mengikut kesesuaian bentuk muka.

Selain itu, ia turut direka dengan mod cahaya malap. Ini membolehkan bahagian dalaman topeng pintar menyala secara automatik ketika gelap. Justeru pemakai boleh memperlihatkan diri dengan jelas tanpa mengira keadaan pencahayaan.

Sinonim dengan Razer, topeng muka ini tampil dengan sistem lampu RGB Razer Chroma. Ia menawarkan 16.8 juta warna, oleh itu pemakai boleh tampil bergaya hanya dengan memakai topeng muka.

Tambahan lagi, topeng Razer ini dilengkapi mikrofon menggunakan teknologi VoiceAmp di dalamnya untuk menjadikan suara pemakai lebih jelas. Ciri ini ditambah kerana pemakaian topeng adakalanya menyukarkan suara pemakai daripada didengari apabila sedang berkomunikasi.

Ini merupakan prototaip sahaja, masih belum ada khabar mengenai jualannya buat masa ini. Namun, adakah anda ingin memilikinya sekiranya ia ada dipasaran?

[Sumber: Razer]

Tags: razerTopeng Muka
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Ini cara berkesan untuk pastikan galeri telefon anda kekal kemas dari gambar sampah

Ini cara berkesan untuk pastikan galeri telefon anda kekal kemas dari gambar sampah

7 Februari 2023

Unifi Mobile turunkan lagi had FUP dan kuota hotspot pelan prabayar tanpa had

4 Februari 2023
TIME lancar MyKabel, pelan 100Mbps hanya RM69 tetapi khas di lokasi B40 ini sahaja

TIME lancar MyKabel, pelan 100Mbps hanya RM69 tetapi khas di lokasi B40 ini sahaja

4 Februari 2023
Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

27 Januari 2023
Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

19 Januari 2023
Razer reka topeng muka N95 elektronik, tampil bergaya dengan lampu RGB 16.8 juta warna

Razer reka topeng muka N95 elektronik, tampil bergaya dengan lampu RGB 16.8 juta warna

14 Januari 2021

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER