• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Roborock S7, robot pembersih hampagas dilancarkan dengan diskaun RM2,500

  • OLEH Najib
  • 11:01 am
  • 31/03/2021
  • Komen
Roborock S7, robot pembersih hampagas dilancarkan dengan diskaun RM2,500
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda tidak pernah dengar, Roborock merupakan satu jenama pengeluar pembersih hampagas pintar ala robot dan mereka kini mengumumkan ketibaan model terbaru di Malaysia, Roborock S7. Ini adalah model terbaik masakini dari Roborock, memudahkan pengguna membersihkan rumah secara pintar.

Sebagai pembersih hampagas robotik termaju, harga untuk Roborock S7 mungkin di luar kebiasaan. Ia dijual di Malaysia dengan harga rasminya RM4,599 bermula dari 4 April 2021.



Tetapi Roborock menawarkan harga pengenalan dengan diskaun luar biasa, khas di Stor Rasmi Roborock di Shopee. Khas di jualan mega Shopee 4.4 pada 4 April 2021, ia akan dijual dengan diskaun RM2,500 menjadikan harganya cuma RM2,099 sahaja.

Jika terlepas, anda masih boleh mendapatkan diskaun yang banyak. Tempahan awal sehingga 11 April 2021, Roborock S7 ditawarkan pada harga RM2,199 sahaja, diskaun sebanyak RM2,400. Satu angka diskaun yang sangat besar.



Spesifikasi

Roborock S7 merupakan pembersih hampagas berkuasa tinggi, dengan kuasa mop sonik antara terpantas ada di pasaran. Ia boleh menyapu lantai dengan pelbagai kelajuan, dari 1,650 kali/minit sehingga 3,000 kali/minit.

Selain itu, ia juga ada teknologi pintar VibraRise di mana ia boleh mengesan permukaan berbeza seperti lantai jubin dan permaidani, dan menaikkan diri untuk bergerak ke permukaan berlainan ini. Ini dilakukan menerusi teknologi pengesanan ultrasonik baru, membolehkan Roborock S7 menyapu jubin dan permaidani dalam satu sesi pembersihan tanpa terganggu.

Berus di Roborock S7 juga dipertingkat dengan untuk menyapu dan menyedut dengan lebih kuat, terutama di dalam permaidani yang tebal. Ia memiliki kuasa menyedut sehingga 2,500Pa untuk menyedut pelbagai kotoran.

Bateri yang besar dipasang di dalam Roborock S7, berkapasiti 5,200mAh dan boleh memberi tenaga pembersihan sehingga 3 jam lamanya, di dalam mod senyap. Ia akan pulang secara automatik ke dok pengecas untuk memastikan tenaga yang sentiasa ada.

Sebagai peranti pintar, Roborock S7 boleh memberikan sistem pemetaan masa nyata untuk menunjukkan ruang yang telah dibersihkan. Pengguna boleh mendapatkan pelbagai data pembersihan ini menerusi aplikasi Roborock yang boleh dimuat turun di Apple Appstore dan Google Playstore.

Aplikasi ini juga menyediakan pelbagai kawalan untuk pengguna menjadualkan masa pembersihan yang sesuai. Ia juga menyokong arahan suara Amazon Alexa, Google Home dan Apple Siri.

Kenali Roborock S7 dengan lebih lanjut di laman rasmi produk di sini.

Tags: RoborockRoborock S7
Najib

Najib

POPULAR

Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

21 August 2025
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025
Roborock S7, robot pembersih hampagas dilancarkan dengan diskaun RM2,500

Roborock S7, robot pembersih hampagas dilancarkan dengan diskaun RM2,500

31 March 2021
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER