• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Navigasi Google Maps akan cadangkan laluan paling jimat minyak

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:20 am
  • 01/04/2021
  • Komen
Google Maps akan pamerkan data penyebaran COVID-19
Share on FacebookShare on Twitter

Sehingga kini, pilihan yang anda ada bila gunakan navigasi ber-GPS ialah sama ada laluan paling pendek (risiko melalui jalan tak elok) ataupun perjalanan paling pantas (jalan tempat anda boleh pandu lebih laju). Tapi di Google Maps, akan ada satu lagi pilihan yang boleh anda pilih iaitu laluan yang paling jimat minyak.

eco-routing-latest_aybFMhg1.gif

Itu adalah antara inisiatif kearah pengurangan kesan karbon oleh Google. Selain jarak lokasi, keadaan trafik serta kecerunan jalan juga akan diambil kira. Google Maps juga akan cadangkan anda ambil pengangkutan awam malah berjalan kali sekiranya alternatif itu tidak jauh sangat tempoh perjalanannya berbanding kaedah biasa yang anda guna.



2D1.gif

Kemudian, bila anda rancang untuk pergi kemana-ana, maklumat cuaca serta kualiti udara juga akan dipaparkan. Buat masa ini, fungsi ini hanya tersedia untuk pengguna di Australia, India, dan A.S

Sebenarnya, ada banyak lagi benda baru dalam Google Maps, tapi kebanyakkannya masih dalam fasa beta, dan hanya ada dalam pasaran A.S sana.



Misalnya, Googl bekerjasama dengan supermarket Fred Meyer untuk sediakan servis pesan dan ambil barangan dapur. Bila anda pesan barangan, pihak supermarket akan sediakan pesanan anda berdasarkan bila anda akan tiba ke lokasi. Jadi, pihak penjual boleh bekerja lebih cekap tanpa perlu sediakan pesanan lebih awal tapi tak tahu bilakah ia akan diambil.

Tacoma_white_phone.mp41.gif

Semua ini dumungkinkan apabila Google memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk lakukan pengiraan kompleks.

Sumber: Google

Tags: google maps
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Google Maps akan pamerkan data penyebaran COVID-19

Navigasi Google Maps akan cadangkan laluan paling jimat minyak

1 April 2021
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Acer POSWARE diperkenal di Malaysia, tawar sistem POS dan paparan dapur dari RM4,999

Acer POSWARE diperkenal di Malaysia, tawar sistem POS dan paparan dapur dari RM4,999

12 November 2026
Huawei Nova 16s dan Nova 16s Pro bakal dilancar di Malaysia 19 November

Huawei Nova 16s dan Nova 16s Pro bakal dilancar di Malaysia 19 November

14 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN