• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Porsche dan Shell bangunkan 6 lokasi mengecas kereta elektrik berkuasa tinggi di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 6:52 pm
  • 01/04/2021
  • Komen
Porsche dan Shell bangunkan 6 lokasi mengecas kereta elektrik berkuasa tinggi di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Pemilik kereta elektrik di Malaysia selepas ini akan memiliki lebih banyak lokasi mengecas apabila Porsche Asia Pacific dan Shell, mengumumkan kerjasama untuk membangunkan jaringan pusat pengecasan berprestasi tinggi merentas sempadan (HPC), pertama di Asia Tenggara. Ia melibatkan 6 stesen minyak Shell yang terletak di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan.

Setiap stesen minyak Shell ini akan menempatkan dua lokasi pengecasan, membolehkan pengecasan arus terus (DC) 180kW bagi mengecas kereta elektrik sehingga 180 kW, atau dua buah kenderaan sekaligus pada kadar 90kW setiap satu. Kemudahan ini akan membolehkan pemilik kereta elektrik untuk perjalanan yang lancar di antara Singapura, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.



Pembangunan pusat pengecasan ini akan dijalankan secara berperingkat, dengan empat buah stesen akan sedia digunakan menjelang separuh kedua tahun ini, dan dua buah lagi stesen pada separuh pertama tahun 2022. Shell turut memberi manfaat tambahan kepada pemilik kenderaan Porsche untuk menempah slot pengecasan terlebih dahulu menggunakan aplikasi mudah alih, serta harga istimewa untuk membeli makanan dan minuman di kedai Shell Select.

Buat masa ini, Singapura mempunyai 18 lokasi Shell Recharge 50kW dan 87 pusat pengecasan umum Greenlots. Selain itu, semua Porsche Centre di Malaysia turut dilengkapi kemudahan pengecasan berprestasi tinggi 175kW. Dengan menggunakan kuasa pengecasan 180kW di Shell kelak, ia mampu mengecas bateri Porsche Taycan dari kosong ke 80% dalam masa 30 minit sahaja. Ini boleh memberikan jarak pemanduan sejauh 390 km.



Porsche Taycan

Shell berazam untuk memperluaskan lagi jaringan pusat pengecasan kereta elektrik ke 500,000 buah stesen minyaknya diperingkat antarabangsa menjelang tahun 2025. Kerjasama dengan Porsche ini merupakan sebahagian daripada usaha Shell untuk mempercepatkan transformasi menjadi pembekal produk tenaga sifar emisi.

[Sumber: Careta]

Tags: EVKereta elektrikPorscheshell
Najib

Najib

POPULAR

Porsche dan Shell bangunkan 6 lokasi mengecas kereta elektrik berkuasa tinggi di Malaysia

Porsche dan Shell bangunkan 6 lokasi mengecas kereta elektrik berkuasa tinggi di Malaysia

1 April 2021
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN