Restoran Taco Bell dibuka di Malaysia, ada jual apa?

Taco Bell adalah restoran makanan segera terbaru di Malaysia yang menawarkan hidangan berinspirasi dari Negara Mexico seperti Tacos, Burritos, Quesadilla, Nachos dan banyak lagi. Ia terletak di Cottage Walk, Cyberjaya dan mula dibuka secara rasmi pada 2 April 2021.

Menu pilihan

Taco Bell sediakan menu berharga RM13.90 sehingga RM15.90 untuk satu set termasuk minuman ringan dan pilihan keropok Nacho atau kentang goreng Mexico.

Antara menu yang dijual ialah pertama Taco Supreme (kombo – RM15.90, À la carte – RM9.90) ia mempunyai campuran sayur dan ayam yang sudah dihancurkan. Kemudian ada Kickin’ chicken Taco (kombo – RM15.90, À la carte – RM12.50), ia merupakan campuran sayur juga tetapi ada ayam goreng bersaiz besar di dalamnya.

Untuk ke dua-dua menu ini, anda boleh pilih sama ada mahu lapisan luar yang rangup atau roti tortilla lembut.

Sekiranya anda penggemar keju, anda boleh pilih menu Chicken Quesadilla (Kombo – RM13.90, À la carte – RM10.50) atau Nachos Loaded klasik (À la carte – RM15.90).

Sesuai di makan ketika masih panas, Chicken Quesadilla ​​mempunyai kandungan keju dan ayam di dalamnya. Manakala Nachos Loaded klasik pula merupakan himpunan keropok Nachos disertakan dengan sos keju, sour cream dan sos guacamole pada bahagian atas.

Kedua-dua menu ini sesuai untuk perkongsian 2 sehingga 3 individu.

Selain itu,Taco Bell turut menyediakan Grilled Stuft Burrito (Kombo– RM14.90, À la carte – RM11.50). Di dalamnya ada sos keju nacho, salad segar, pico de gallo salsa, sos signature Taco bell, sos ranch berkrim dan campuran keju mozzarella dan cheddar. Untuk kombo atau pun À la carte, ia tidak didatangkan dengan sos pencicah, anda perlu tambah sos dengan harga yang berbeza.

Seterusnya ada Chrunchwrap Supreme (Kombo – RM15.90, À la carte – RM11.90) dan ChickStar (Kombo – RM14.90, À la carte – RM11.50) yang hadir dalam bungkusan segi enam roti tortilla.

Di dalam ChickStar ada kepingan ayam rangup, salad, pico de gallo salsa, sos kickin dan sos keju nacho. Manakala dalam Chrunchwrap Supreme pula ada ayam, sos keju nacho, keropok taco yang rangup, sos sour cream, sos signature, salad segar dan tomato.

Di sini juga ada disediakan nasi, Bell Rice Bowl (À la carte – RM10.90) didatangkan dengan sambal mengikut citarasa masyarakat Malaysia.

Untuk semua menu, anda boleh menukar protein ke ayam panggang, ayam cincang atau daging cincang. Sekiranya anda bukan penggemar daging, anda boleh menukar protein kepada kacang hitam. Penukaran protein adalah percuma kecuali daging cincang perlu tambah RM1.

Mereka juga menawarkan 6 sos berbeza yang berharga RM1.80 setiap satu untuk dimakan bersama juadah utama. Antaranya ialah Pico De Gallo Salsa, Nacho Cheese, Sour Cream, Avocado Guacamole, Kickin ’Sauce dan Sambal.

Hidangan manis

Sebagai juadah akhir, anda boleh cuba dua hidangan manis yang terdapat di sini iaitu Chocodilla (À la carte – RM3.90) dan Cinnamon Twists (À la carte – RM3.90). Chocodilla merupakan tortilla panggang yang diisi dengan coklat cair. Manakala Cinnamon Twists pula seperti keropok beras yang disaluti serbuk kayu manis.

Minuman

Selain minuman ringan biasa (À la carte – RM3.85) iaitu Pepsi, Pepsi Black, 7UP, Mrinda dan Sarsaparilla, Taco Bell Cyberjaya juga ada menyediakan Taco Bell Sparklers yang pertama diperkenalkan di sini (À- la carte – RM4.50). Ada dua perisa untuk air Sparkles iaitu Summer Mint dan Strawberry Delight.

Untuk minuman soda biasa, anda boleh isi semula (refill) secara percuma.

Toco Bell Cyberjaya akan ada perkhidmatan penghantaran tetapi tidak ada pilihan pandu lalu untuk outlet ini.

Outlet Taco Bell pertama di Malaysia ini terletak di Cottage Walk, Jalan Teknokrat 6, Cyberjaya, 63000 Selangor. Taco Bell akan membuka lebih banyak cawangan tidak lama lagi dan ini termasuk di Tropicana Gardens Mall.