• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Platform penstriman Dimsum akan ditamatkan perkhidmatan tahun ini

  • OLEH Najib
  • 7:56 pm
  • 05/04/2021
  • Komen
Dimsum sedia saluran berita percuma untuk semua pengguna
Share on FacebookShare on Twitter

Dimsum adalah platform penstriman video yang diwujudkan oleh syarikat media di Malaysia, Star Media Group Berhad (SMG). Bagaimanapun, laporan terbaru dari syarikat tersebut memberi bayangan bahawa ia akan ditamatkan perkhidmatan pada tahun ini.

Dalam kenyataan tersebut, perkhidmatan Dimsum akan dihentikan sepenuhnya menjelang 30 Septemer 2021. Bagaimanapun, mereka tidak memaklumkan apa yang akan berlaku kepada pelanggan serta langganan sedia ada.



Antara kandungan yang pernah ada di Dimsum

Langkah ini diambil SMG setelah membuat penilaian semula strategik oleh pasukan pengurusan SMG yang baru. Mereka telah mengenalpasti beberapa peluang baru untuk mengukuhkan lagi kedudukan syarikat. Pasukan Dimsum di dalam SMG, akan diserapkan ke dalam pelbagai projek dan tugasan sedia ada di dalam syarikat.

Pasaran penstriman kandungan digital semakin sengit sejak ketibaan Netflix di Malaysia. Malah, Netflix sendiri menghadapi saingan ketat daripada Disney+, yang semakin mendapat tempat di hati peminat seluruh dunia.



SMG tidak memiliki Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) selama 9 bulan selepas Andreas Vogiatzakis, meletak jawatan CEO SMG pada 16 Mei 2020. Kerusi ini baru disandang oleh Alex Yeow Wai Saw, bermula 1 Mac 2021.

Yeow sebelum ini bertugas sebagai CEO Kumpulan dan Pengaraah Eksekutif Tropicana Corp Bhd, sebuah syarikat hartanah. Beliau juga berpengalaman sebagai Pengarah Bukan Eksekutif di Hafary Holdings Ltd, Pengarah Urusan dan Pengarah Eksekutif di Guocoland (Malaysia) Bhd, serta sebagai Pengarah Eksekutif di Tower Real Estate Investment Trust (REIT).

[Sumber: The Star]

Tags: DimSum
Najib

Najib

POPULAR

Dimsum sedia saluran berita percuma untuk semua pengguna

Platform penstriman Dimsum akan ditamatkan perkhidmatan tahun ini

5 April 2021
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII di Malaysia: Harga naik RM800 tapi spesifikasi tak berubah

2 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN