• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

Jualan Super AirAsia ada diskaun sehingga 70% untuk produk segar, runcit, makanan dan banyak lagi

  • OLEH Najib
  • 12:45 pm
  • 05/04/2021
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

AirAsia hari ini mengumumkan permulaan jualan AirAsia Super Sale hari ini, dari 5 hingga 11 April 2021. Sepanjang tempoh ini, pelanggan dapat menikmati diskaun hingga 70% untuk pelbagai produk segar, barangan runcit, perkhidmatan penghantaran makanan dan produk gaya hidup, perkhidmatan mesra Muslim dan juga pakej kesihatan dan kesejahteraan di aplikasi AirAsia Super App atau laman web AirAsia.com.

Jualan hebat ini merentasi semua produk yang terdapat di AirAsia digital, seperti diskaun hingga 50% daripada peniaga terpilih di AirAsia Food, diskaun 20% untuk Santan Cafe di AirAsia Food, diskaun hingga 60% untuk barangan terpilih di AirAsia Fresh, serta potongan hingga 70% di AirAsia Shop dan caj penghantaran serendah RM0.99 dengan kod promosi ‘99DEL’.



Selain itu, nikmati diskaun hingga 60% untuk tempahan hotel dan dapatkan 5 kali ganda mata BIG Poin untuk setiap tempahan. Terdapat juga pakej rawatan gigi selama satu tahun daripada serendah RM999 di airasia Health. AirAsia turut menawarkan diskaun 10% untuk semua produk IKHLAS, perniagaan mesra Muslim di bawah AirAsia Digital dan pelanggan juga dapat mengumpul 1 BIG Poin untuk setiap RM1 yang dibelanjakan.

Ahli BIG juga mempunyai pilihan untuk membayar menggunakan mata BIG Poin. Bagi pengguna BigPay pula, mereka dapat melakukan pembayaran segera ‘Satu Klik’ dengan mudah dan selamat menggunakan kad BigPay.



Karen Chan, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Super App berkata: “Ini adalah jualan Super Sale yang pertama kami pada tahun ini yang menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan menarik terutamanya untuk pengguna aplikasi kami. Sepanjang suku pertama tahun ini, kami telah memperluaskan tawaran di AirAsia Super App secara agresif dengan pelancaran AirAsia Shop di Filipina dan AirAsia Food di Singapura, diikuti oleh bandar-bandar Asean yang lain dalam masa terdekat. Kami akan terus bekerjasama dengan pelbagai jenama dan perniagaan untuk menawarkan lebih banyak produk dengan lebih nilai kepada para pelanggan. Daripada pesanan makanan kegemaran anda seperti nasi biryani hingga produk kecantikan, kami berharap anda dapat menikmati pengalaman beli-belah yang menyeronokkan di AirAsia Super App semasa jualan Super Sale ini.”

Karen Chan

Ikut perkembangan terkini mengenai kejutan dan jualan harian sepanjang AirAsia Super Sale, menerusi media sosial di Facebook AirAsia Delivers dan AirAsia Travels, serta di Instagram AirAsia Delivers dan AirAsia Travels.

[Sumber: AirAsia]

Tags: AirAsiaairasia bigAirAsia FoodAirAsia FreshIkhlas
Najib

Najib

POPULAR

Jualan Super AirAsia ada diskaun sehingga 70% untuk produk segar, runcit, makanan dan banyak lagi

5 April 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER