• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama OPPO

OPPO Find X3 Pro buatkan flagship lain tak senang duduk

  • OLEH Penaja
  • 10:49 am
  • 05/04/2021
  • Komen
OPPO Find X3 Pro buatkan flagship lain tak senang duduk
Share on FacebookShare on Twitter

Artikel ini dibawakan kepada anda oleh OPPO

Kalau anda masih belum dengar tentang telefon OPPO Find X3 Pro, ada dua benda yang perlu anda tahu. Yang pertama, ini adalah antara telefon paling cantik rekaannya dalam tahun 2021 dan yang kedua ia miliki spesifikasi kelas flagship.

Seandainya anda sedang mencari sebuah flagship dalam tahun 2021 ini,  OPPO Find X3 Pro sepatutnya berada paling atas dalam senarai pertimbangan anda.

Ini adalah antara sebab kenapa anda perlu berbuat demikian

OPPO Find X3 Pro ada rekaan Perfect Curve

Rekaan panel belakang Find X3 Pro bukan biasa-biasa. Ia menunjukkan yang OPPO bukan sekadar beri tumpuan pada spesifikasi, malahan pada estetika produknya.

Bahagian belakang telefon ini ditempa daripada sekeping kaca. Lekuk Perfect Curve dicapai dengan memanaskan kepingan kaca tersebut sehingga 700° Celcius kemudian kaca yang sudah lembut tadi dimasukkan dalam penempa khas.

OPPO mengambil masa sekitar 40 jam hanya untuk hasilkan seunit panel belakang telefon ini.

Hasilnya, anda beroleh telefon yang unik kemasannya, tak kiralah anda pandang dari sudut apa sekalipun. Orang keliling anda takkan tersilap teka telefon apakah yang sedang anda gayakan.

OPPO Find X3 Pro ada kamera ultralebar bebas herot

OPPO Find X3 Pro ada empat buah kamera belakang. Dua daripadanya gunakan sensor model yang sama iaitu Sony IMX766. Mereka masing-masing ada resolusi 50MP.

Sensor yang berprestasi tinggi itu digandingkan dengan lens yang sekuasa dengannya. Kamera ultralebar OPPO Find X3 Pro pengeluarnya gunakan teknologi freeform lens.

Kamera pesaing
Kamera OPPO Find X3 Pro

Manfaat bila gunakan freeform lens pada kamera ultralebar ialah gambar yang diambil akan bebas herot ataupun dalam istilah forografinya ialah kesan fisheye..

Kamera pesaing
Kamera OPPO Find X3 Pro

Kesan paling ketara boleh anda lihat pada pinggir gambar yang diambil menggunakan kamera ultralebar baisa berbanding bila gunakan lensa freeform.

OPPO Find X3 Pro amera Microlens rasa seperti ada mikroskop

OPPO Find X3 Pro tak lekang dengan ciri menarik. Kali ini pada kamera Microlens.

Ini adalah kamera makro paling praktikal pernah ada pada telefon. Biasanya, pengeluar masukkan kamera makro semata-mata untuk katakan yang mereka gunakan konfigurasi multicamera tapi untuk telefon ini, ia sangat mengagumkan.

Dengan kecanggihan teknologi OPPO, mikrolens boleh memperbesar subjek sehingga 60x untuk berikan anda gambar yang jarang-jarang anda dapat lihat kecualilah bila gunakan kelengkapan mahal.

Oleh sebab kamera Microlens perlu berada sangat hampir dengan subjek sehingga menyentuhnya, OPPO melengkapkan kamera ini dengan sumber cahayanya sendiri melalui lampu LED berbentuk cincin di sekeliling kamera.

Biar gambar berbicara. Cuba anda hasilkan gambar seperti berikut menggunakan kamera.

AI Palettes suntik eksklusif dalam setiap gambar

Satu lagi ciri yang tak mungkin anda jumpa pada telefon lain buat masa ini. Menggunakannya, anda boleh terapkan gaya warna daripada mana-mana foto kegemaran anda kepada gambar yang lain.

Fungsinya adalh seperti filter yang anda gunakan di banyak platform media sosial bila anda utuskan gambar. Tapi AI Palletes akan pastikan yang filter ini adalah unik kepada anda sahaja.

Untuk mengaksesnya, anda hanya perlu tekan butang Edit bila anda lihat gambar itu dalam APP Photos pada telefon OPPO Find X3 Pro

Berikut ialah spesifikasi kamera belakang OPPO Find X3 Pro.

  • Kamera utama 50MP Sony IMX766 F1.6
  • Kamera ultralebar 50MP Sony IMX766 F2.2
  • Kamera telefoto 13MP F2.4 5x zum hibrid
  • Kamera Microlens 3MP F3.0 60x pembesaran
  • Kamera selfie 32MP F2.4

Sistem audio stereo Dolby Atmos

Bila dah ada paparan QHD+ AMOLED 6.7” dengan sokongan HDR10+, tak lengkaplah kalau tak dipadankan bersama sistem audio yang setara.

Runut bunyi bass dan treble yang keluar daripada corong speaker OPPO Find X3 Pro ditala khas oleh Dolby Atmos untuk berikan pengalaman mendengar yang jelas dan kaya.

Telefon ini cukup pintar untuk mengenalpasti tahap bunyi sekeliling dan suaikan output audio pada telefon untuk optimumkan bunyi yang keluar daripadanya menerusi fungsi Ambient Sound. Kalau sedang menonton Movie, ada mode khas yang akan menambah baik soundstage.

Kekalisan air IP68

Kesemua ciri-ciri menarik tadi perlulah berada bawah perlindungan yang sewajarnya. Bila anda dapatkan seunit OPPO Find X3 Pro, anda beroleh sebuah telefon yang kalis debu dan air pada tahap IP68.

Jangan risau untuk gunakannya untuk ambil gambar tepi pantai, air terjun, ataupun tempat berdebu.

Dapatkan seunit OPPO Find X3 Pro secepat mungkin

Tempahan untuk milikinya telah dibuka sehingga 8 April 2021 pada harga RM4,299. Sekiranya anda tergolong dalam kalangan pembeli awal, anda berpeluang untuk terima hadiah bernilai RM1,953.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari:

  • Laman rasmi OPPO
  • OPPO di Shopee
  • OPPO di Lazada

Anda juga boleh layari laman rasmi produk untuk lebih banyak info tentang OPPO Find X3 Pro 5G.

Tags: oppoOppo Find X3 Pro
Penaja

Penaja

POPULAR

OPPO Find X3 Pro buatkan flagship lain tak senang duduk

OPPO Find X3 Pro buatkan flagship lain tak senang duduk

5 April 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER