Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 14 Apr, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Periksa APP MySejahtera untuk janji temu vaksin Fasa 2

Dalam sidang media perkembangan Program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan bertarikh 5 April 2021, YB Khairy ada berkongsikan hal-hal berkaitan pemvaksinan Fasa 2 yang akan berjalan tak lama lagi.

Ini adalah ringkasan tentangnya.

Status pendaftaran untuk terima vaksin

Jumlah pendaftaran setakat 4 April 2021 ialah 7,906,913. Ia melambangkan 32.60% populasi lebih 18 tahun.

Sumber

5 negeri paling tinggi nisbah pendaftaran:

  1. Putrajaya (89.20%)
  2. Selangor (44.50%)
  3. K. Lumpur (44.30%)
  4. P. Pinang (40.00%)
  5. Negeri Sembilan (39.30%)

5 negeri paling rendah nisbah pendaftaran:

  1. Sabah (12.40%)
  2. Kelantan (19.70%)
  3. Pahang (26.20%)
  4. Terengganu (26.20%)
  5. Kedah (27.20%)

Status pendaftaran golongan Fasa 2

Fasa 2 Program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan akan tertumpu kepada golongan berikut:

  • Warga emas 60 tahun keatas
  • Individu dengan penyakit kormobiditi
  • OKU

Setakat 4 April 2021, seramai 2,344,621 pendaftaran telah diterima kerajaan. Daripada jumlah tersebut:

  1. Warga emas 60 tahun keatas menyumbang kepada 1,229,855
  2. Individu dengan penyakit kormobiditi menyumbang kepada 1,741,935
  3. OKU menyumbang kepada 115,249

Untuk Fasa 2, kerajaan mensasarkan 9 juta individu divaksinkan.

Tarikh permulaan Fasa 2

Negeri yang akan mulakan Fasa 2 pada 19 April 2021 ialah Kedah, Melaka, Pahang, P. Pinang, Sabah, Sarawak, Terengganu, dan Labuan. Negeri lain akan mulakan Fasa 2 beberapa hari selepas 19 April 2021.

Memang Menteri Kesihatan maklumkan yang Fasa 2 bermula pada 17 April 2021. Namun pada hari tersebut, pemvaksinan hanya akan dijalankan keatas juruvaksin, sebelum mereka ditugaskan untuk memvaksinkan rakyat biasa.

Jemputan untuk terima vaksin akan dihantar bermula 5 April 2021 melalui MySejahtera ataupun sekurang-kurangnya 14 hari dairpada tarikh pemvaksinan.

Peringatan pertama akan dihantar 3 hari sebelum tarikh janji temu manakala peringatan kedua akan dihantar 1 hari sebelum tarikh janji temu melalui SMS ataupun panggilan telefon.