Fasa 2 program vaksin negara turut menyertakan 100 ribu yang bekerja di Singapura

Menurut Menter Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad, kira-kira 400 ribu warga Malaysia mencari rezeki di Singapura. Sebagai usaha ke arah pemulihan ekonomi sejurus sempadan antarabangsa dibuka kelak, pihak kerajaan Johor akan memvaksinkan 100 ribu warganegara Malaysia yang bekerja di Singapura.

Daripada manakah kerajaan negeri Johor mendapatkan dos vaksin yang ingin diberikan? Ia berkemungkinan besar daripada kerajaan persekutuan. Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan YB Khairy telah lakukan kunjungan terhadap Menteri Besar Johor untuk berbincang hal berkenaan.

Antara yang dikongsikan ialah akan ada APP khas, “ImmuPlan Johor”, untuk individu yang layak mendaftarkan diri selaku penerima. Namun tidaklah diketahui sama ada isu pendaftaran bertindan dengan APP MySejahtera akan berlaku.

Berkaitan status pendaftaran untuk terima vaksin di MySejahtera, Johor mencatatkan lebih 1 juta pendaftaran atauapun 36% daripada yang disasarkan.

Setakat 5 April 2021, seramai 23,643 individu telah menyudahkan program pemvaksinan.

[Sumber: Astro Awani]