• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama OnePlus

Nak Beli Ke Tak Beli: OnePlus Nord N10, telefon 5G paling murah?

  • OLEH Najib
  • 12:26 pm
  • 06/04/2021
  • Komen
Nak Beli Ke Tak Beli: OnePlus Nord N10, telefon 5G paling murah?
Share on FacebookShare on Twitter

OnePlus Malaysia baru sahaja mula menjual telefon 5G yang dilihat paling murah di Malaysia, OnePlus nord N10 5G. Harganya cuma RM1,199 dan datang bersama RAM 6GB bersama storan dalaman 128GB.

Tetapi berbaloikah membeli telefon pintar 5G paling murah ini? Nak Beli Ke Tak Beli?



Dapatkan jawapannya bersama Najib di dalam video ini.

Buka Kotak

OnePlus hanya hasilkan satu warna untuk OnePlus Nord N10 ni, iaitu Midnight Ice atau senang cerita warna hitam. Pilihan RAM dan storan pun ada satu sahaja, RAM LPDDR4x 6GB dan storan UFS 2.1 128GB. Tetapi boleh diluaskan storan dengan memasukkan kad mikroSD sehingga 512GB, dalam slot hibrid.



Di dalam kotak turut diberikan kepala pengecas Warp Charge 30, bersama kabel USB-A ke USB-C. Fon telinga berwayar dan casing tidak diberikan.

Spesifikasi

Cip pemproses Snapdragon 690 8nm 5G digunakan di dalam OnePlus Nord N10. Skrinnya dari jenis LCD 90Hz HD penuh, berukuran 6.49-inci, dilapisi kaca Corning Gorilla Glass 3.

Bateri berkapasiti 4,300mAh dipasang di dalamnya dan mengecas melalui USB-C dengan kuasa sehingga 30W. Tiada pengecasan wayarles atau kalis air, tetapi ada speaker stereo dan jek audio 3.5mm.

Kamera belakang ada 4, iaitu kamera utama 64MP, kamera ultra lebar 8MP, kamera makro 2MP dan kamera monokrom 2MP. Kamera hadapan dalam lubang di atas skrin pula 16MP.

Persaingan

Pada harga RM1,199, OnePlus Nord N10 bersaing dengan telefon pintar seperti Redmi Note 10 Pro (RM999) dan Poco X3 Pro (RM999). Malah, saingan telefon 5G pula adalah Huawei Nova 7 SE (RM1,299) dan Realme 7 5G (RM1,299).

Nak Beli Ke Tak Beli? Anda tentukan apa yang paling diperlukan dalam telefon pintar.

Tags: OnePlusoneplus nord n10 5g
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Nak Beli Ke Tak Beli: OnePlus Nord N10, telefon 5G paling murah?

Nak Beli Ke Tak Beli: OnePlus Nord N10, telefon 5G paling murah?

6 April 2021
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN