• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

15 tahun beroperasi, Yahoo! Answers akan ditutup

  • OLEH Fatin Amanina
  • 6:05 pm
  • 07/04/2021
  • Komen
15 tahun beroperasi, Yahoo! Answers akan ditutup
Share on FacebookShare on Twitter

Yahoo! Answers, perkhidmatan soal jawab terkemuka di laman internet dikhabarkan akan ditutup pada 4 Mei 2021 selepas 15 tahun beroperasi.

Perkara ini diketahui melalui nota yang dihantar kepada ahli Yahoo Answers yang aktif. Di dalam nota tersebut, Yahoo beritahu bahawa mereka mematikan platform itu kerana ia menjadi kurang popular dan ingin beralih kepada produk lain untuk pengguna.



Bermula 20 April, pengguna tidak boleh lagi menghantar sebarang pertanyaan atau jawapan baru di situ. Laman web akan berada dalam mod baca sahaja.

Apa-apa soalan dan jawapan yang dikongsi masih boleh diakses sehingga 4 Mei. Kemudian, laman web itu tidak dapat dibuka lagi dan anda akan diarahkan ke laman utama Yahoo jika anda cuba mengaksesnya.



Pengguna boleh memuat turun salinan soal jawab sehingga 30 Jun 2021. Selepas tarikh itu, semua data pengguna yang berkaitan dengan Yahoo Answers akan dipadamkan secara kekal. Untuk dapatkan salinan itu, anda boleh log masuk ke Your Privacy Dashboard dan minta untuk muat turun.

Jadi lepas ini, anda tak boleh tanya soalan atau jawab soalan pengguna di situ lagi. Mungkin anda boleh gunakan sahaja paltform media sosial anda untuk bertanya sebarang soalan sebab konsepnya sama sahaja, jawapan yang diperolehi bukan dari sumber yang dipercayai.

[Sumber: TheVerge]

[Gambar: TheStar]

Tags: YahooYahoo Answers
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

15 tahun beroperasi, Yahoo! Answers akan ditutup

15 tahun beroperasi, Yahoo! Answers akan ditutup

7 April 2021
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN