2021 masa yang sesuai untuk anda naik taraf TV di ruang tamu

Artikel ini dibawakan kepada anda oleh Samsung

Tahun 2020, genaplah 15 tahun Samsung dinobatkan pengeluar TV nombor satu dunia. Maka, anda boleh bayangkan sendiri kualiti produk yang mereka keluarkan tahun demi tahun.

Sekiranya anda sedang rancang untuk naik taraf TV, tahulah anda jenama mana yang perlu anda cari.

Samsung Neo QLED

Untuk tahun 2021, Samsung telah lancarkan beberapa model TV dalam keluarga Neo QLED. Antara model yang boleh anda cari adalah QN900A, QN800A, QN90AQN80A, dan QN85A.

Ada antaranya yang dilengkapi panel beresolusi 8K, sekali ganda lebih tinggi resolusi berbanding TV 4K UHD dalam ruang tamu anda sekarang.

Tapi, ia tak bermakna anda perlu cari kandungan 8K semata-mata untuk nikmati panel canggih Samsung ini. Kandungan bukan 8K juga akan nampak cantik atas paparan 8K Samsung.

Bolehkah tonton kandungan bukan 8K pada TV 8K?

Daripada servis penstriman hinggalah konsol permainan, semunya menampung sekurang-kurangnya 4K UHD. Malahan, konsol permainan generasi baru mampu mengeluarkan imej pada resolusi 8K.

Namun, ia tidak bermakna kandungan dalam resolusi legacy terus tidak disokong TV modem. Dalam barisan TV Neo QLED 8K Samsung terdapa cip New Quantum Processor 8K. Tugasnya bukan sekadar upscaling, malah lebih banyak daripada itu.

Upscaling dalam TV Samsung Neo QLED bukan sekadar memperbesar resolusi, malahan menambah baik kualiti imej daripada segi:

  1. Hingar
  2. Kekaburan
  3. Kecerahan
  4. Kontras
  5. Ketajaman

Semua ini dikendalikan cip pemproses Neo Quantum Processor 8K yang mengandungi 16 rangkaian neural untuk menggalas tugas tersebut.

Tonton TV tapi rasa seperti berada di dunia lain

Quantum Matrix Technology Pro tugasnya adalah mengawal kecerahan setiap bintik piksel atas skrin dan kawalannya amat jitu. Masalah picture-blooming yang sering dihadapi TV konvesional lain boleh diatasi.

Untuk warna pula, Quantum HDR 64x mula mainkan peranan. Dengannya, anda pasti akan lebih menghargai kandungan yang ditonton apabila anda mampu melihat setiap butiran penting dalam sesuatu kandungan disebabkan kemampuan TV hasilkan warna dalam julat dinamik yang luas.

Dengan adanya teknologi sebegini, anda dijamin yang hitam, putih, dan jutaan warna yang terpapar atas skrin, menyerupai keadaan sebenar, sewaktu imej itu dirakam ataupun sebagaimana pengarah video ingin pamerkan kepada penonton.

Rugilah kalau tonton movie tanpa audio yang baik. Sebab itulah TV Neo QLED Samsung dilengkapi sistem audio yang setara panel paparannya. Contohnya, Object Tracking Sound  (OTS) Pro akan hasilkan bunyi berdasarkan kedudukan objek. Kemudian, ciri Spacefit Sound dan Adaptive Sound pula tugas mereka adalah untuk menganalisis profil akustik tempatnya berada dan suaikan penghasilan audio mengikut profil tersebut. Hasilnya, hanya kualiti bunyi terbaik dihidangkan pada anda.

Naik taraf ruang tamu anda dengan TV Samsung

Pandemik yang melanda telah merubah norma kehidupan. Kita di Malaysia tak terkecuali. Kini, kita berada di rumah lebih lama berbanding di pejabat dek budaya “work from home” yang diterapkan kerajaan.

Barisan TV Neo QLED daripada Samsung boleh juga tingkatkan produktiviti. Menggunakan fungsi PC on TV, anda boleh akses komputer pejabat seperti anda berada di pejabat.

Untuk anak-anak yang menjalani proses pembelajaran di rumah, mereka boleh mengikuti livestream dari bilik darjah, juga daripada ruang tamu menerusi ciri Google Duo.

Namun, tugas utama ruang tamu sebagai tempat isi rumah bersantuari tidak dilupakan. Makanya, ruang tamu perlulah berada dalam kedaan kondusif sebelum penguninya berasa selasa.

Samsung juga ada TV yang tak rupa TV. Kalau duduk dalam ruang tamu, tetamu anda mungkin tak perasan bingkai gambar yang dilihatnya ialah sebuah TV.

Maka, lebih perhatian perlu diberikan sewaktu memilih TV kerana ia juga kini bertindak sebagai perhiasan dan juga medium pengukuh ikatan keluarga.[MOP-T/PE6] 

Itulah dia siri Lifestyle TV Samsung – The Frame. Uniknya TV ini ialah pada One Connect Box. Daripada paparan kepada port I/O, hanya satu kabel sahaja digunakan. Makanya, The Frame berikan setting yang minimalisitk dalam ruang tamu anda.

Kalau anda nak tahu, The Frame miliki ketebalan cuma 24.9mm. Untuk sebuah TV, kenipisan itu sangat mengagumkan. Pastinya akan ada tetamu yang tak sedar yang di depan mereka ialah sebuah TV.

Neo QLED dan siri Frame adalah dua siri baru yang perlu anda periksa. Mereka hadir dalam pelabgai resolusi dan saiz dan harganya adalah seperti berikut:

  • QN900A 65”8K – RM24,999
  • QN80A 75” 8K – RM24,999
  • QN85A 85”4K UHD – RM22,999
  • QN90A 75” 4K UHD – RM19,999
  • QN85A 75” 4K UHD – RM16,999
  • QN90A 65” 4K UHD – RM13,999
  • Frame 65” 4K UHD – RM9,499
  • QN85A 55” 4K UHD – RM8,499
  • Frame 55” 4K UHD – RM6,999
  • Frame 50” 4K UHD – RM5,799
  • Frame 32” 4K UHD – RM2,999

Layari laman rasmi Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut.