• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

E-Dompet akan menjadi syarat wajib untuk lesen baru peniaga pasar di Putrajaya

  • OLEH Najib
  • 4:03 pm
  • 07/04/2021
  • Komen
Tebus RM50 ePenjana, semua yang anda perlu tahu
Share on FacebookShare on Twitter

Sistem pembayaran tanpa tunai seperti E-dompet (e-wallet) menjadi pilihan utama di waktu pandemik COVID-19 sejak lebih setahun yang lalu. Tidak lama lagi, ia akan menjadi satu syarat penting untuk dimiliki peniaga apabila memperbaharui lesen perniagaan mereka.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, pihak Perbadanan Putrajaya akan meletakkan syarat berkenaan dalam masa terdekat bagi menggalakkan peniaga beralih kepada kaedah menerima pembayaran dalam bentuk digital. Ia adalah sebahagian daripada kerangka Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) yang dilaksanakan dalam dua fasa, dengan fasa pertama melibatkan Putrajaya manakala fasa kedua diperluaskan ke seluruh negara pada Mei ini.



Sumber

ReDI merupakan kerjasama antara Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bersama beberapa agensi kerajaan dan swasta, antaranya Maybank dan Touch n Go.

Dengan syarat ini, peniaga pasar tani dan pasar awam di Putrajaya, perlu menyediakan kemudahan pembayaran E-dompet jika mahu memperbaharui lesen peniaga. KPDNHEP telah menggerakkan usaha untuk matlamat ini dengan sasaran melebihi 90% peniaga di Putrajaya menjelang hujung tahun ini



KPDNHEP juga menyasarkan sebanyak 12,844 peniaga di 306 pasar tani dan pasar awam di seluruh negara akan menggunakan kemudahan e-dompet, selaras digitalisasi era baharu dalam perniagaan. Untuk itu, Rosol mengalu-alukan kerjasama strategik antara KPDNHEP bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

[Sumber: Bernama]

Tags: edompeteWallet
Najib

Najib

POPULAR

Hanya tablet yang boleh berhubung terus dengan telefon layak digelar tablet terbaik

Cara kerja moden lebih maju menggunakan tablet generasi baru

15 September 2023
Guna cara moden ini untuk dapatkan tidur berkualiti dan gaya hidup sihat

Guna cara moden ini untuk dapatkan tidur berkualiti dan gaya hidup sihat

15 September 2023
Xiaomi 13T, telefon termurah dengan kamera Leica & kalis air IP68

Xiaomi 13T Pro tiada lagi Snapdragon, telefon 1TB pertama Xiaomi dan dijamin kemaskini 5 tahun

26 September 2023
Tebus RM50 ePenjana, semua yang anda perlu tahu

E-Dompet akan menjadi syarat wajib untuk lesen baru peniaga pasar di Putrajaya

7 April 2021
Realme C51 akan dilancar, telefon RM500 dengan ciri terhebat iPhone 15?

Realme C51 akan dilancar, telefon RM500 dengan ciri terhebat iPhone 15?

26 September 2023
Coway STORM II, penulen udara cekap tenaga yang mampu menyegarkan udara persekitaran secara menyeluruh untuk rumah anda

Coway STORM II, penulen udara cekap tenaga yang mampu menyegarkan udara persekitaran secara menyeluruh untuk rumah anda

29 Ogos 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER