Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 14 Apr, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Instax Mini 40 diumum, kamera ala mainan yang tak murah harganya

Fujifilm telah tambah satu lagi ahli dalam keluarga kamera gambar segera Instax mereka dengan pengenalan Instax Mini 40. Daripada segi rekaan, ia hadir dengan rekaa retro dengan kemasa plastic bertekstur kulit.

Model ini dilengkapi sensor cahaya yang akan menyuaikan kelajuan shutter dan lampu flash mengikut kedaan keliling. Bila anda gunakannya untuk selfie, ada butang khas untuk aktifkan mode selfie untuk arahkan kamera memperbetulkan jarak fokal sesuai sewaktu mengambil selfie.

Ada viewfinder jenis rangefinder pada badan Instax Mini 40. Kemudian, ia gunakan 2 bateri AA untuk kuasakan kelengkapan elektronik badannya. Pengguna perlu masukkan filem jenis Instax Mini di bahagian belakang dan ia miliki kapasiti 10 keping filem.

Harganya untuk pasaran A.S ialah USD100 (RM412).

Saya tak pastilah siapa yang gemar gunakan kamera Instax ini. Kosnya bukannya murah. Kalau anda lakukan carian di Lazada dan Shopee, anda akan dapati kos untuk sekeping gambar berada sekitar RM2 hingga RM2.50.