Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 14 Apr, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Ini rupa mesej jemputan imunisasi Fasa 2 COVID-19 di MySejahtera

Di Twitter, ada seorang pengguna telah mengutuskan tangkap layar APP MySejahtera menunjukkan yang ibunya sudahpun terima jemputan untuk hadiri sesi imunisasi COVID-19. Mesej yang dihantar adalah dalam bentuk pop-up dan boleh dibuka untuk proses pengesahan yang seterusnya.

Fasa 2 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan bermula pada 19 April 2021. Di bawah fasa ini, KKM akan memanggil golongan warga emas, golongan berpenyakit kronik, dan juga OKU untuk terima vaksin.

Negeri yang akan mulakan Fasa 2 pada 19 April 2021 ialah Kedah, Melaka, Pahang, P. Pinang, Sabah, Sarawak, Terengganu, dan Labuan. Negeri lain akan mulakan Fasa 2 beberapa hari selepas 19 April 2021.

Jemputan untuk terima vaksin akan dihantar bermula 5 April 2021 melalui MySejahtera ataupun sekurang-kurangnya 14 hari dairpada tarikh pemvaksinan.

Peringatan pertama akan dihantar 3 hari sebelum tarikh janji temu manakala peringatan kedua akan dihantar 1 hari sebelum tarikh janji temu melalui SMS ataupun panggilan telefon.