• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Airbnb

AirBNB lancar perkakas mudah kira pendapatan yang boleh dijana, dari rumah sewa inap anda

  • OLEH Najib
  • 12:10 pm
  • 09/04/2021
  • Komen
AirBNB lancar perkakas mudah kira pendapatan yang boleh dijana, dari rumah sewa inap anda
Share on FacebookShare on Twitter

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 telah ditamatkan di seluruh negara dan diubah kepada PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) mengikut kawasan. Ini membuatkan rakyat Malaysia kembali keluar rumah untuk melancong dan bercuti.

Pembukaan semula sektor pelancongan bukan sahaja memberi manfaat kepada hotel dan pengangkutan, malah kepada pemilik rumah sewa inap (homestay). Salah satu pilihan yang ada untuk rakyat Malaysia menempah rumah sewa inap di platform digital adalah Airbnb.



Airbnb kini telah melancarkan satu perkakas yang akan memudahkan pemilik rumah sewa inap untuk menganggarkan harga sewa yang berpatutan untuk rumah mereka. Perkakas yang dinamakan “What’s My Place Worth” akan membantu pemilik rumah membuat kiraan tentang potensi pendapatan yang boleh dihasilkan.

Peralatan ini membuat kira-kira berdasarkan lokasi geografi, jenis penyenaraian dan ruang, serta beberapa faktor lain berdasarkan data tempahan Airbnb di kawasan tersebut. Sebagai contoh, rumah sewa inap di Kuala Lumpur boleh menjana kira-kira RM1,473 sebulan menerusi platform Airbnb. Kiraan ini dibuat berdasarkan tetamu seramai 4 orang dan data 12 bulan yang lepas di kawasan tersebut.



Menurut Airbnb, sekarang adalah waktu yang tepat untuk pemilik rumah sewa mencuba platform Airbnb bagi menjana pendapatan. Dalam satu statistik yang diberikan, pemilik rumah inap sewa yang memiliki hanya 1 senarai di Airbnb dan mula menerima tetamu pertama mereka di waktu pandemik COVID-19, kini telah menjana pendapatan keseluruhan lebih USD 1 bilion.

Rumah inap sewa bukan sahaja menjadi pilihan untuk bercuti dan melancong, malah ia juga digunakan untuk pekerja membuat tugasan jarak jauh atau cuba bertukar suasana kerja. Tetapi rumah tersebut perlulah dilengkapi WiFi internet yang bagus serta memiliki kawasan mesra laptop dan kerja. Selain itu, ruang dapur yang selesa juga menjadi pilihan popular di kalangan pengguna Airbnb.

Jika anda berminat untuk mula menyenaraikan rumah sewa inap anda di Airbnb, anda boleh melayari laman Hos Airbnb dan membuat kira-kira tentang berapa pendapatan boleh dijana. Pastikan anda telah membaca dan mematuhi peraturan dan undang-undang tempatan, serta panduan keselamatan dan kesihatan.

Tags: airbnb
Najib

Najib

POPULAR

AirBNB lancar perkakas mudah kira pendapatan yang boleh dijana, dari rumah sewa inap anda

AirBNB lancar perkakas mudah kira pendapatan yang boleh dijana, dari rumah sewa inap anda

9 April 2021
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

21 July 2026
Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

16 July 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN