Hampir separuh perolehan jual sensor kamera telefon dunia adalah milik Sony

Menurut satu kajian pasaran yang Strategy Analytics, perniagaan menghasilkan sensor pengimejan dalam tahun telah membuahkan perolehan berjumlah USD15 billion terhadap penghasilnya. Hampir separuh daripada jumlah perolehan itu dibolot oleh Samsung diikuti 29% oleh Samsung.

Secara keseluruhannya, perolehan yang dijana dalam sector ini meningkat sebanyak 13 perats berbanding 2020. Daripada carta pai yang dikongsikan, 3 pengeluar yang paling untung membolot kira-kira 85% duit yang dijana melalui aktiviti penjualan sensor kamera telefon pintar.

Walaupun pengedaran telefon pintar menurun dalam tahun 2020 lalu, pasaran sensor pengimejan telefon pintar tak pula tunjukkan tanda-tanda mengucup.

Pengedaran telefon pintar menurun hampir 6% dalam tahun 2020 (sumber)

Antara faktor yang memungkinkan perkara ini ialah bila pengeluar berlumba-lumba menggunakan sensor beresolusi tinggi pada produk masing-masing serta penggunaan sistem multicamera pada satu telefon.

Pemerhati pasaran berpendapat yang kedudukan Sony akan tetrus digugat oleh pesaingnya kerana jenama Jepun itu masih terkesan dek kehilangan klien Huawei hasil sekatan dagang yang dikenakan oleh kerajaan A.S. Secara keseluruhan, pasaran sensor kamera telefon juga akan terkesan tak lama lagi langsung daripada kemarau semikonduktor yang telahpun merencatkan pasaran kad grafik Nvidia dan AMD.

Sumber: StrategyAnalytics