• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sony dijangka perkenal Xperia 1, 5, 10 generasi ketiga pada 14 April

  • OLEH Najib
  • 11:21 am
  • 09/04/2021
  • Komen
Sony dijangka perkenal Xperia 1, 5, 10 generasi ketiga pada 14 April
Share on FacebookShare on Twitter

Nama Sony mungkin tenggelam kerana kurang melancarkan model baru telefon pintar, tetapi mereka masih kekal menghasilkan model baru, terutama model flagship. Pada 14 April 2021, Sony telah menjadualkan satu acara pelancaran model baru telefon pintar Xperia dan berkongsi sedikit perkara mengenai pelancaran tersebut.

Sony telah mengeluarkan dua video pendek berkaitan majlis pelancaran pada 14 April nanti. Video pertama bertajuk “Three is the magic number“, pastinya merujuk kepada kesinambungan model peranti Xperia generasi kedua yang dilancarkan tahun lepas. Bermakna, model baru Sony akan menggunakan nombor 3, dijangka akan menjadi Xperia 1 III, Xperia 5 III dan Xperia 10 III.



Bagaimanapun, video ini tidak bercerita tentang telefon pintar, sebaliknya Sony menunjukkan teknologi mereka di pelbagai produk lain seperti fon kepala dan kamera. Ia diakhiri dengan simbol III, sekali lagi merujuk kepada model baru Sony Xperia.

Tetapi di video kedua bertajuk “Prelude to the new Xperia product announcement“, mereka berkongsi sedikit rupa belakang telefon pintar baru ini. Dapat dilihat, terdapat 4 kamera di belakang, berbanding hanya tiga kamera di Xperia 1 II yang lepas. Dikhabarkan, kamera keempat adalah kamera periskop, untuk zum optikal yang lebih jauh.



Sony Xperia 1 III dengan 4 kamera belakang

Selain itu, Sony berkongsi lagi beberapa produk mereka di dalam video ini. Seperti Sony Playstation 5, telefon pintar Xperia Pro dan lain-lain.

Saksikan dua video pendek Sony mengenai pelancaran pada 14 April di bawah ini. Anda juga boleh menyaksikan majlis pelancaran ini secara langsung, di YouTube Sony Xperia pada 14 April 2021, pukul 3.30 petang waktu Malaysia.

Video 1: Three is the magic number

https://youtu.be/aw3FnkIFia8

Video 2: Prelude to the new Xperia product announcement

https://youtu.be/0tNOgdYQnUc

[Sumber: GSMarena]

Tags: SonySony Xperia 1 IIISony Xperia 5 III
Najib

Najib

POPULAR

Sony dijangka perkenal Xperia 1, 5, 10 generasi ketiga pada 14 April

Sony dijangka perkenal Xperia 1, 5, 10 generasi ketiga pada 14 April

9 April 2021
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

30 September 2026
Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

28 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN