‘The Incident’, filem pendek yang dirakam sepenuhnya dengan telefon pintar Vivo X60 Pro

Pada 31 Mac yang lalu, Vivo secara rasmi telah menayangkan filem pendek terbaharunya berjudul ‘The Incident’ di Golden Screen Cinemas, 1 Utama.

Secara ringkasnya, filem ini memaparkan sebuah kisah mengenai seorang ibu penyayang yang membesarkan anak lelakinya yang masih kecil sendirian setelah kematian suami semasa pandemik. Tonton video penuh di bawah ini.

Tujuan filem ini ditayangkan adalah untuk memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk terus kuat berdepan waktu yang mencabar ini serta menyuntik sinar harapan meskipun berada dalam keadaan yang tidak menentu.

Filem pendek ini menampilkan sepenuhnya barisan pelakon dari Malaysia. Antaranya ialah Pauline Tan, finalis Miss Universe Malaysia 2015, pelakon veteran Adibah Noor dan Yuan Teng, serta seorang bakat baharu, Phua Chandler.

Vivo X60 Pro

Menariknya, filem pendek ini dirakam sepenuhnya menggunakan telefon pintar Vivo X60 Pro.

Chong Keat Aun (tiga dari kanan), pengarah filem yang juga pemenang anugerah Golden Horse Award untuk Pengarah Baru Terbaik berkata, dengan Vivo X60 Pro, mereka berjaya merealisasikan idea untuk penghasilan filem ini dan sekaligus ia menandakan era baharu bagi pengarah filem muda yang ingin memperlihatkan kreativiti mereka dan berkongsi dengan dunia.

Antara fungsi dalam telefon Vivo X60 Pro yang membantu penghasilan filem ini ialah rakaman yang stabil hasil ciri Gimbal Stabilization 2.0 X60 dan rakaman babak pada waktu malam yang terang dengan Extreme Night Vision 2.0.

Kempen Visual Creator Vivo

Selepas pembikinan filem, Vivo mengadakan kempen Visual Creator Vivo yang membolehkan rakyat Malaysia mengekspresikan bakat diri dan menjadi pencipta visual dengan menonjolkan kreativiti dalam diri masing-masing.

Pertama sekali, Vivo bekerjasama dengan Festival Filem Antarabangsa Malaysia (MIFFest) menganjurkan pertandingan filem pendek berdurasi lima minit bertemakan “Joy of Humanity“. Peserta boleh merakam filem karya sendiri menggunakan Vivo X60 Pro.

Filem yang sudah sipa boleh di e-mailkan kepada [email protected] Sebanyak RM15 ribu tunai dan hadiah menanti pemenang. Peraduan bermula dari 8 April 2021 dan tamat pada 25 April 2021.

Kemuncak kempen Visual Creator pula ada penganjuran pertandingan fotografi selama sebulan iaitu pertandingan ‘vivo Vision Photography’.

Pertandingan ini adalah kolaborasi bersama Festival Fotografi Kuala Lumpur (KLPF). Sepanjang tempoh pertandingan, para peserta dikehendaki mengambil gambar berdasarkan tema yang diberikan pada setiap minggu.

Untuk mendapatkan lebih maklumat terkini mengenai kempen Visual Creator anda boleh layari Facebook, Instagram laman web rasmi vivo Malaysia.