Kit Ramadan 2021 Untuk Telefon Anda

Ramadan akan menjelang pada hari esok dan pastinya anda semua ingin bersedia menjalani bulan mulia itu. Selain badan, anda turut boleh memperlengkap telafon anda dengan beberapa APP yang boleh membantu anda untuk sebulan yang akan datang.

Ini adalah tips dan tricks untuk telefon anda sepanjang Ramadan 2021.

Tadarus

Dalam bulan Ramadan, kita digalakkan untuk bertadarus. Kalau anda tidak mahu membawa al-Quran kehulu kehilir takut-takut ia rosak, anda boleh membawa al-Quran versi digital dalam telefon anda. Salah satu APP yang ingin saya cadangkan adalah Quran Majeed.

Dalam edisi terdahulu, kami sarankan Bayan Quran tapi nampaknya pembangun APP itu telah tiada dan kita terpaksa mencari alternatif lain.

Saya sukakan Bayan Quran sebab ia bebas iklan, namun mungkin sebab itu ia ketandusan nada untuk terus beroperasi. Berbanding di Quran Majeed, walaupun ia APP percuma, ia didatangkan dengan iklan tapi anda boleh beli pas premium untuk buang iklannya.

Ada tiga jenis pembelian boleh anda pilih iaitu:

  • RM4.49/bulan
  • RM34.99/tahun
  • RM61.99 seumur hidup

Harganya sangat munasabah sebab dalamnya ada macam-macam fungsi. Antaranya ialah:

  • Bookmark anda di-sync-kan ke semua peranti selagi anda melog masuk menggunakan akaun yang sama.
  • Audio bacaan dari 21 qari berbeza dan boleh dimuat turun untuk didengari apabila diluar talian.
  • Antaramuka (UI) yang mesra dan reponsif.
  • Terjemahan dan cara bacaan fonetik untuk membantu memahami dan membaca sesuatu ayat.
  • UI ada dalam Bahasa Melayu

Muat turun Quran Majeed untuk Android dan iOS.

Tarawih

Tarawih sejak Ramadan 2020 sudah tidak sama lagi dengan kebiasaan. Jika pada tahun 2020 semuanya dilakukan di rumah, tahun 2021 ada sedikit kelonggaran apabila ia dibenarkan dikerjakan di masjid berdasarkan SOP yang digariskan MKN.

Walau bagaimanapun, disebabkan hal-hal agama Islam masih dibawah bidang kuasa kerajaan negeri, pihak pentadbiran negeri masih perlu keluarkan SOP khusus untuk negeri masing-masing. Berikut adalah SOP Ramadan 2021 untuk negeri-negeri di Malaysia

  1. SOP Johor
  2. SOP Kedah
  3. SOP Kelantan
  4. SOP Melaka
  5. SOP Negeri Sembilan
  6. SOP Pahang
  7. SOP Perak
  8. SOP Perlis
  9. SOP Sabah
  10. SOP Sarawak
  11. SOP Terengganu
  12. SOP Wilayah Persekutuan KL, Labuan, Putrajaya

Kalau anda hendak tunaikannya di rumah, anda boleh muat turun panduan dalam bentuk PDF melalui pautan ini.

Gambar hiasan (sumber)

Sahur/Iftar

Waktu Imsyak dan Sahur boleh disemak melalui beberapa saluran. Yang paling tepat adalah di e-solat kerana maklumat waktu solat disini dicerap oleh pihak berautoriti iaitu Jakim. Jika anda ingin memasukkan widget pada laman pemuka telefon, APP Waktu Solat Malaysia boleh digunakan kerana data waktu solat APP ini disumberluarkan daripada laman e-solat.

Terdapat juga ciri mencari arah kiblat dalam APP Waktu Solat Malaysia bersama-sama beberapa maklumat penting yang boleh dijadikan rujukan.

Tahun ini, MKN tidak sarankan anda untuk berbuka di masjid atas tujuan keselamatan. Tapi, anda boleh pesan makanan secara dalam talian kerana ia jimatkan masa dan anda tak perlu bersesak-sesak di tempat awam. Anda boleh gunakan saluran:

Buat yang susah bersahur, anda mungkin memerlukan APP tambahan untuk mengejutkan anda kerana pengera biasa amat mudah untuk dimatikan tetapi bukan Alarmy.

Alarmy adalah APP pengera yang pernah mendpat anugerah pengera paling menjengkelkan di dunia. Mematikan pengera pada APP ini bukanlah seperti yang disangka. Anda perlu melakukan siri tugasan khas semata-mata untuk memberhentikan bunyi bising pengera. Akibatnya, anda terus hilang mamai dan bersedia untuk bersahur.

Muat turn Alarmy di Android dan iOS.